CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1230|Reply: 4

Azhar Sulaiman 'Back Up' Founder Produk Bukan Perosak, "Yang Tak Suka Tengoklah Video Skema"

[Copy link]
Post time 25-8-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Susulan isu pengasas produk yang dikatakan telah melacurkan industri hiburan, pelakon Azhar Sulaiman tampil mempertahankan kehadiran golongan tersebut dalam sama-sama memeriahkan bidang sama.


Menurut Azhar, 51, dia berpendapat golongan pengasas produk turut mempunyai peminat yang sentiasa menanti-nantikan content daripada mereka.


Foto: IG




“You all (pengasas produk) bukan perosak. Tapi provider video materials yang orang curious nak tengok dan minat serta follow you all.


“Cantik dan sedap terpulang kepada yang minat. Yang tak minat boleh saja tengok video materials yang skema-skema sahaja.


“Mereka ini orang berniaga, ini cara mereka ‘berniaga’, mesti jadi popular,” tulis Azhar menerusi ruangan komen di Instagram Media Hiburan Official.




Foto: Media Hiburan




Aktor itu meninggalkan komen menerusi posting video MH mengenai respon balas usahawan Datuk Seri Vida mengenai dakwaan penyanyi senior yang menyifatkan kehadiran pengasas produk sebagai perosak industri muzik.


Dalam video itu juga, Vida mengakui suara sedap didengar dan mutu vokalnya semakin baik dari masa ke semasa.


“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap… dia nyanyi satu lagu lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved.


“Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral, it’s a serious song dan suara saya sedap.




  



“Tiada orang di Malaysia ada benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung… kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.


“Autotune pun tak kisahlah, (kita) gunalah teknologi yang ada!” katanya. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah confident tul tok vida ni..

Azhar Sulaiman aku percaya dia bercakap dari sudut pandang org business.. Asalkan untung, sore x sedap pon blh buat business
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua yang dah tua2 ni boleh Tak jangan main media sosial.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Btui mental laaa depa tu..perosak pelacur industri seni

MCM penulis...ada pelacur intelek..adaaaa

Depa pelacur seni!! Oang Gile..mental .tua kutuk tak sedo diri..kecik kecik takmo mampossss..dah tua rosakkan seni!! Mengaku itu ini..kalo waras tak Gini ok .kompom gila..mabuk psl MKN riba!! Jual harga cekik darah n menipu!!! Tu mabuk gila MCM quran kata

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut isu mcm ni dikawal dari tunasnya
Mula dari sekarang.. Nanti dah jadi pokok besar. Kuat dah xde sapa boleh larang

Sama contohnya mcm anak2. Dah biasa berhot pants, berbogel depan family, takde guideline adab sopan.. bila besar depan org lain pun dah hilang malu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.303746 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list