|
Baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu, penyanyi dan komposer Harry Khalifah sekali lagi berkongsi khabar gembira isterinya kini sedang hamil anak kesembilan.
Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Harry atau mesra disapa Apak, 42, dalam masa sama sudah menjangka isterinya iaitu Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat. "Ketika mencuci uri anak kelapan sebelum ini, ibu saya ada berkata isteri akan hamil lagi dan anak seterusnya dekat. "Orang tua tahu biasanya tahu bila akan dapat anak lagi apabila mencuci uri bayi. Ini adalah kuasa Tuhan dan saya tidak menolak dikurniakan rezeki anak.
"Semestinya saya akan gembira dan bersyukur mendapat tahu tentang kehamilan isteri kali ini. Pengalaman memiliki lapan orang anak sekarang ini membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran kesembilan nanti," katanya kepada mStar.
|

MelahJanda replied at 25-8-2022 10:53 AM
Ya Allah ramainya
cemanalah setiap kali nak book hotel utk holiday mesti susah. mesti kena book home ...
cap_ayam replied at 25-8-2022 12:57 PM
Wah tengok uri boleh tau eh cepat lekat ke tidak.. another level ni

i yg 3 org pun dah penat sbb umur dekat2 anak 2 tahun je mengandung lagi 
yg skrg anak ketiga umur 9 bulan tapi i dah x sedap badan 2 3 hari rasa nak muntah je 

jgn sangkut anak no 4 sudah la sbb i mmg makan pil perancang bukan rancang sendiri pun 

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.208340 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.