CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8422|Reply: 86

Baru Je Beranak Anak Kelapan, Isteri Harry Khalifah Hamil Lagi

[Copy link]
Post time 25-8-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu, penyanyi dan komposer Harry Khalifah sekali lagi berkongsi khabar gembira isterinya kini sedang hamil anak kesembilan.


Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, Harry atau mesra disapa Apak, 42, dalam masa sama sudah menjangka isterinya iaitu Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat.


Foto: IG




"Ketika mencuci uri anak kelapan sebelum ini, ibu saya ada berkata isteri akan hamil lagi dan anak seterusnya dekat.


"Orang tua tahu biasanya tahu bila akan dapat anak lagi apabila mencuci uri bayi. Ini adalah kuasa Tuhan dan saya tidak menolak dikurniakan rezeki anak.


"Semestinya saya akan gembira dan bersyukur mendapat tahu tentang kehamilan isteri kali ini. Pengalaman memiliki lapan orang anak sekarang ini membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran kesembilan nanti," katanya kepada mStar.




  



  



Sedar tanggungjawab sebagai seorang bapa semakin besar, Apak kini tidak boleh duduk diam dan perlu lebih keras bekerja untuk menampung kehidupan keluarga.


Dalam masa sama, Apak turut menitip pesan buat semua pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata untuk sentiasa berdoa agar urusan mereka dipermudahkan.


"Saya tidak pernah anggap memiliki anak ramai sebagai satu beban. Setiap anak yang dilahirkan itu adalah rezeki dan saya harus menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.




  



"Jadi sekarang ini memang perlu lebih kerja keras sebab anak semakin ramai. Nak berehat pun tiada masa disebabkan jadual kerja yang padat. Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi soleh dan solehah.


"Buat mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa. Teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan untuk memilik anak suatu hari nanti," ujarnya.




  



Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Apak bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Lagu Untuk Amy hasil ciptaannya sendiri.


Selain itu dia turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah produksi dari Jepun merakamkan semula lagu berjudul Wan Lebor.


  



"Lagu Wan Lebor ini merupakan sebuah lagu rakyat yang mengangkat loghat negeri Perak. Apabila ada syarikat rakaman Jepun yang mahu merakamkan semula lagu ini saya amat berbesar hati memberikan kerjasama.


"Dengan cara ini bolehlah saya berikan sumbangan sedikit untuk mengharumkan nama negara," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 10:53 AM | Show all posts
Ya Allah ramainya
cemanalah setiap kali nak book hotel utk holiday mesti susah. mesti kena book homestay atau airbnb je kan
pastu cemana anak ko nak sekolah esok....berderet2 masuk uni bagai....fuh hopefully dia ada simpanan pendidikan dan medical card utk setiap anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 10:58 AM | Show all posts
Kadang2 terpikir kalau salah sorang meninggal. Semangat kena kuat utk anak2.

Kapel ni memang sejiwa laa. Tengok cincin berderet.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:03 AM | Show all posts
Bini nya macam putih tak sihat je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:24 AM | Show all posts
duit banyak lantak la ko nak beranak smpai lobos pun..tahniah apak..bakal dapat baby baru lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:24 AM | Show all posts
duit banyak lantak la ko nak beranak smpai lobos pun..tahniah apak..bakal dapat baby baru lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
meriah lah balik raya in future
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mampu nk besarkan anak2 ok jelaa, nampak dia pun jenis family man.
Harap rezeki mencukupi la tuk anak9 dan bini.
Anak ramai ni susah skit masa dorang kecik tp bila dah memasing dah dewasa insya Allah ok je.
Tengok kita semua sudahla yg mana adik badik ramai ni bila memasing dh dewasa dan berkeluarga ni kumpul reramai hari2 pun hari raya ye dak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 11:53 AM | Show all posts
klu berduit takpe laa. tgk macam mampu.. so ok jela kot beranak ramai
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Subur btol ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:56 AM | Show all posts
MelahJanda replied at 25-8-2022 10:53 AM
Ya Allah ramainya
cemanalah setiap kali nak book hotel utk holiday mesti susah. mesti kena book home ...

anak dia sekolah takat darjah 6 je.. lpas tu tak sekolah.. pastu anak dia kumpol follower kat you tube , intsgram pastu try jadi artis... gitula ulang ulang sampai mamposss
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mampu dari segi kewangan, emosi & pasangan pun turut sama jaga anak, meols okayy sahaja & support je.. tapi kalau jenis lepas anak merata, better merancang saja la.. tp tgk Apak ni macam family man.. harap rukun & damai sahaja buat depa sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah tengok uri boleh tau eh cepat lekat ke tidak.. another level ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 12:59 PM | Show all posts
Yang penting Apak seorg family man, kayooo n penyayang...yang lain tok sah sakit mata tgk..
janji hujung2 tak masuk bersamamu. Tgk anak2 pon semua nampak wangi
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 01:02 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 25-8-2022 12:57 PM
Wah tengok uri boleh tau eh cepat lekat ke tidak.. another level ni

Petua org dulu2 chuols...
Memang boleh tengok dari uri
kebetulan mengena pulak tu...so makin percaya lah diorang
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 01:03 PM | Show all posts
Tak penat ke baru beranak dah mengandung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kalau bawak gi suria klcc bawak stroller, jenuh berperang depan lift
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai anak dia i yg 3 org pun dah penat sbb umur dekat2 anak 2 tahun je mengandung lagi yg skrg anak ketiga umur 9 bulan tapi i dah x sedap badan 2 3 hari rasa nak muntah je jgn sangkut anak no 4 sudah la sbb i mmg makan pil perancang bukan rancang sendiri pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 01:05 PM | Show all posts
ramai yg susah lekat...untung lah rezeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 01:07 PM | Show all posts
nampak macam orang SENANG

tapi TOLONG lah ada SIMPANAN YG KUKUH
ambillah insurance nyawa ygkalaumati atas apa jua sebab waris akan dapat juta2
ghisau nengok anak ramai susun paku ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TRAVEL
kukuk456dfDTRAVEL
Views : 304 Replies : 0
travel
yr.ix.el.f.i.ectravel
Views : 404 Replies : 0
tavel
yr.ix.el.f.i.ectavel
Views : 404 Replies : 0
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19717 Replies : 19
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9945 Replies : 4
EDISI PAP PAP PAP datang lagi...
maklukpenggodaEDISI PAP PAP PAP datang lagi...
Views : 24925 Replies : 121
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 46074 Replies : 57
VVIP & Sambutan Tahun Baru 2026
ZORRO5555VVIP & Sambutan Tahun Baru 2026
Views : 1588 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061871 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list