CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kena Sondol Sampai Mati, Lembu Jantan Naik Minyak Sebab Tanduk Dibakar

25-8-2022 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1464| Komen: 11

VALENCIA, SEPANYOL – Seorang lelaki meninggal dunia selepas disondol seekor lembu jantan yang naik minyak selepas tanduknya dibakar dalam sebuah festival di Sepanyol, lapor akhbar Daily Star.


Rakaman video menunjukkan Adrian Martinez Fernandez, 24, ditanduk haiwan itu sambil diperhatikan penonton. Beberapa lelaki lain cuba membantunya, namun menurut laporan, limpa Fernandez pecah akibat disondol lembu tersebut.

Dalam kejadian tragis pada Ahad lalu, lembu jantan itu menanduk Fernandez selepas tanduknya dibakar semasa festival berkaitan keagamaan berlangsung di bandar Valencia.


Foto: Daily Star

Mangsa dikatakan datang dari bandar Almansa untuk mengambil bahagian dalam sambutan tersebut, namun niatnya berakhir dengan tragedi apabila ditanduk.

Lembu jantan itu mempunyai dua biji bola yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar serta diletakkan pada kedua-dua tanduknya.

Ia merupakan satu pemandangan biasa pada mana-mana acara larian lembu. Lembu berkenaan kemudian akan dilepaskan ke jalanan.

Kesakitan akibat api difahamkan menjadi penyebab haiwan itu naik minyak lalu merempuh Fernandez. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 25-8-2022 11:00 AM
Adan uke..main kejar2 sudah la,dah sampai bakar kepala kenapa??
Quote twins 25-8-2022 11:08 AM
bodoh sangat pi bakar tanduk dia apsal.... memang la sakit.. kepala tuuu....
padan muka... jd pengajaran pd yg lain
Quote Mooverine 25-8-2022 11:18 AM
Padan muka lah..
Quote Kurex 25-8-2022 11:32 AM
Kematian kau setimpal dgn kesakitan lembu tu
Quote cmf_almondpecan 25-8-2022 11:39 AM
Bagus sangat manusia yang seksa lembu tu kena tanduk sampai mati. Harap lembu tu ok tak cedera kekal akibat api tu.
Quote imanjannah 25-8-2022 11:44 AM
knapa la kau seksa binatang ni sampai begitu.. jahat sgt korang ni
Quote mizruncing 25-8-2022 12:01 PM
kesian lembu tu.. elok la dia naik minyak
Quote Queenmastani 25-8-2022 12:51 PM
Mula2 baca tajuj mcm kesian..kt hujung baru tahu kena bakar..padan muka menganiaya binatang lagi… #pencintahaiwan
Quote msdummy.2018 25-8-2022 01:00 PM
Mmg patut ko kena tanduk dgn lembu...patutnya sma manusia yg ada kat pesta kena tanduk, br ada akai masing2
Quote imransulaiman 25-8-2022 01:27 PM
Si mati ke yang bakar tanduk lembu tu? Kalau ya, padan muka. Kalau tidak, kasihaaaannn
Quote esbok 25-8-2022 02:18 PM
mana la hati perut

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050762 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top