View: 971|Reply: 11
|
Lelaki Kena Sondol Sampai Mati, Lembu Jantan Naik Minyak Sebab Tanduk Dibakar
[Copy link]
|
|
VALENCIA, SEPANYOL – Seorang lelaki meninggal dunia selepas disondol seekor lembu jantan yang naik minyak selepas tanduknya dibakar dalam sebuah festival di Sepanyol, lapor akhbar Daily Star.
Rakaman video menunjukkan Adrian Martinez Fernandez, 24, ditanduk haiwan itu sambil diperhatikan penonton. Beberapa lelaki lain cuba membantunya, namun menurut laporan, limpa Fernandez pecah akibat disondol lembu tersebut.
Dalam kejadian tragis pada Ahad lalu, lembu jantan itu menanduk Fernandez selepas tanduknya dibakar semasa festival berkaitan keagamaan berlangsung di bandar Valencia.
 Foto: Daily Star
Mangsa dikatakan datang dari bandar Almansa untuk mengambil bahagian dalam sambutan tersebut, namun niatnya berakhir dengan tragedi apabila ditanduk.
Lembu jantan itu mempunyai dua biji bola yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar serta diletakkan pada kedua-dua tanduknya.
Ia merupakan satu pemandangan biasa pada mana-mana acara larian lembu. Lembu berkenaan kemudian akan dilepaskan ke jalanan.
Kesakitan akibat api difahamkan menjadi penyebab haiwan itu naik minyak lalu merempuh Fernandez. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Adan uke..main kejar2 sudah la,dah sampai bakar kepala kenapa?? |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh sangat pi bakar tanduk dia apsal.... memang la sakit.. kepala tuuu....
padan muka... jd pengajaran pd yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Kematian kau setimpal dgn kesakitan lembu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus sangat manusia yang seksa lembu tu kena tanduk sampai mati. Harap lembu tu ok tak cedera kekal akibat api tu. |
|
|
|
|
|
|
|
knapa la kau seksa binatang ni sampai begitu.. jahat sgt korang ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian lembu tu.. elok la dia naik minyak |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 baca tajuj mcm kesian..kt hujung baru tahu kena bakar..padan muka menganiaya binatang lagi… #pencintahaiwan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut ko kena tanduk dgn lembu...patutnya sma manusia yg ada kat pesta kena tanduk, br ada akai masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Si mati ke yang bakar tanduk lembu tu? Kalau ya, padan muka. Kalau tidak, kasihaaaannn |
|
|
|
|
|
|
| |
|