CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Tak Berbunyi, Penyokong Yang Gigih Hantar Memorandum Mohon Pengampunan Agong

25-8-2022 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4340| Komen: 57

Penyokong Datuk Seri Najib Razak berhimpun di luar Istana Negara semalam bagi menyerahkan memorandum memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hanya selepas sehari bekas Perdana Menteri itu menjalani hukuman penjara.


Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas gagal dalam rayuannya berhubung kes menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Bagaimanapun, penyokong Najib mendakwa bekas pemimpin itu tidak mendapat layanan yang adil kerana mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak memasukkan bukti tambahan, serta enggan menangguhkan rayuan akhir kes berkenaan untuk memberi masa kepada peguam untuk bersedia.


Bernama


Kira-kira 300 penyokong Najib yang kebanyakannya berpakaian hitam, berkumpul di hadapan Istana Negara di bawah pengawasan pihak polis.

Beberapa wakil dilihat menghantar memorandum untuk memohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dilapor berkata, Najib mesti memohon pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari atau hilang kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada pihak Najib sama ada beliau akan memohon pengampunan diraja.

Wakil kumpulan berkenaan, Syed Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendesak pengampunan diraja.

Namun, tindakan penyokong Najib dibantah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang melancarkan petisyen pada Rabu supaya Najib menjalani hukuman kerana beliau sudah menjalani proses sewajarnya, iaitu perbicaraan yang adil.

Lebih 30,000 orang sudah menandatangani petisyen itu setakat ini, dengan menyatakan Najib 'memalukan negara' dan harus menjadi contoh kepada mana-mana pemimpin yang berpendapat mereka boleh menyalahgunakan kuasa.

Najib memohon perbicaraan semula minggu lalu selepas mendakwa hakim mahkamah tinggi yang mensabitkannya pada 2020 mungkin mempunyai konflik kepentingan kerana peranannya sebelum ini di sebuah bank yang menyediakan perkhidmatan kewangan kepada 1MDB tetapi mahkamah menolak permohonan itu.

Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman Najib berkata, rayuan itu adalah tanpa merit kerana pembelaan "sememangnya tidak konsisten dan luar biasa" dan memerintahkan beliau memulakan hukumannya dengan segera.

Najib dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuannya sebelum ini.

Najib didapati bersalah pada 2020 atas tujuh pertuduhan rasuah kerana menerima secara haram RM42 juta daripada SRC International, bekas unit 1MDB.

Esok, Najib akan dihadapkan ke mahkamah dalam keadaan bergari untuk perbicaraan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 24-8-2022 04:36 PM
Edited by EJALTI at 24-8-2022 08:38 AM

Penyokong Najib serah memo mohon pengampunan Agong

https://www.malaysiakini.com/news/633269

Diterbitkan:  Aug 24, 2022 3:40 PM⋅
Dikemaskini: 3:57 PM







Hampir 300 penyokong tegar Najib Abdul Razak berkumpul di hadapan Istana Negara di Kuala lumpur hari ini memohon Yang di Pertuan Agong supaya memberikan pengampunan di-raja kepada bekas perdana menteri itu.

Ia susulan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskannya bersalah dalam kes rasuah RM42 juta melibatkan dana SRC International.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM210 juta bermula semalam setelah dihantar ke Penjara Kajang.



Majlis penyerahan memorandum itu dianjurkan oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia.


Quote kaseh80 24-8-2022 04:39 PM
Edited by kaseh80 at 24-8-2022 04:44 PM

Quote EJALTI 24-8-2022 04:42 PM
Najib ada tempoh 14 hari fail pengampunan atau hilang status MP

https://www.malaysiakini.com/news/633184

Alyaa Alhadjri

Diterbitkan:  Aug 23, 2022 10:29 PM⋅
Dikemaskini: 10:29 PM



Najib Razak mempunyai pilihan untuk memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadapnya.

Bagaimanapun, peguam New Sin Yew berkata, bekas perdana menteri itu mesti memfailkan petisyen dalam tempoh 14 hari atau kehilangan statusnya sebagai ahli parlimen Pekan.

“Pengampunan bukan proses kehakiman, yang telah berakhir di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah proses eksekutif di mana eksekutif boleh memilih untuk meremit, menggantung atau meringankan hukuman.

“Jika Najib berjaya dalam petisyennya untuk pengampunan, pemenjaraan dan dendanya boleh dikurangkan atau digantung sepenuhnya.

“Kuasa ini hanya boleh dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding atau disyorkan oleh Lembaga Pengampunan,” tambahnya.

Lembaga Pengampunan, katanya, terdiri daripada peguam negara, menteri wilayah persekutuan dan tiga ahli lain yang dilantik oleh Agong, yang mengetuai lembaga itu.

“Tiada had masa untuk memutuskan petisyen untuk pengampunan dan tidak ada had untuk berapa kali seseorang boleh memfailkan petisyen untuk pengampunan.

“Tetapi bagi kes Najib, jika dia tidak melakukannya dalam tempoh 14 hari, dia akan kehilangan status sebagai ahli parlimen di bawah Perkara 48,” tambahnya.


Peguam New Sin Yew

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata dia masih menunggu perintah rasmi yang diwartakan berhubung status kerusi parlimen Pekan yang disandang Najib.

"Jika dia tidak memfailkan sebarang rayuan lain dalam tempoh 14 hari, maka dia akan hilang kelayakan," kata Azhar kepada pemberita ketika majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-77 Suruhanjaya Tinggi Indonesia di Kuala Lumpur.

“Jika dalam tempoh 14 hari terdapat petisyen difailkan untuk pengampunan, maka kelayakan ahli parlimen untuk menyandang kerusinya akan kekal sehingga petisyen diputuskan,” katanya.

Najib dipilih menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak 1976.

Dia bertanding di kerusi itu berikutan kematian bapanya allahyarham Abdul Razak Hussein, yang merupakan perdana menteri kedua.

Spekulasi mengenai pengampunan untuk Najib telah tersebar sejak kesnya bermula.
Quote ninja9 24-8-2022 04:44 PM
Kenapa kena ampunkan dia?
Quote Solokkk 24-8-2022 06:41 PM
Biarkannla dia duk aman2 kat penjara tuh.
Quote jalfa 24-8-2022 07:08 PM
Awalnya..buatnya agung amporn...kes 1mdb sangkut lagi...nak kena amporn lagi ke cemane
Quote Orix 24-8-2022 07:08 PM
bodoh nya la org melayu ni... org cina ketawa mengekek2 je tgok org melayu tak tegas dengan undang2...
Quote ekod79 24-8-2022 07:19 PM
x lama lg nk pru, hilang la juga nnt status mp, bagila die ke dlm lama sket, kalau x backfire pada sistem monarki
Quote tungkai 24-8-2022 07:23 PM
Apasal sorang individu sampai nak membaraikan sistem perundangan negara siap nak mohon pengampunan bagai..?? Cikai sgt ke undang2 negara ni..???
Quote Minami2013 24-8-2022 07:29 PM
Kasi habis semua perbicaraan dulu. Baru la mintak ampun. Next 1mdb pulak. Ke dah konfiden bn menang pru so court under control
Quote sarahmirza 24-8-2022 08:35 PM
Banyak sangat terhutang budi dan mungkin juga mereka berTuhankan manusia yang memberi rezeki kepada mereka?
Tak boleh nak hadam la... Sakit kepala fikirkan....


Quote aHoi83 24-8-2022 08:42 PM
Itu sbb i tak setuju anuar dpt pengampunan hari tu apatah lagi atas nasihat PM. Dhla buang masa bertahun kes mahkamah berjalan. Eh senang2 plak nk mintak lepas gitu jahh. Sial betol politician
Quote tumpanglalu74 24-8-2022 08:42 PM
Petisyen ni tantamount to nak kata Jagong tak berotak ye?
Quote nw111 24-8-2022 08:53 PM
ninja9 replied at 24-8-2022 04:44 PM
Kenapa kena ampunkan dia?

Org mintak ampun kalau bersalah .kalau tak bersalah mcm kata cacai dia..buat apa nk mintak ampun..
Quote juboqhang 24-8-2022 08:54 PM

Quote nw111 24-8-2022 08:56 PM
ekod79 replied at 24-8-2022 07:19 PM
x lama lg nk pru, hilang la juga nnt status mp, bagila die ke dlm lama sket, kalau x backfire pada s ...

Jagong n wifey kan kengkononnya nk portray depa tu berjiwa rakyat..kalau senang2 je kroni diampunkan, habislah rosak reputation berjiwa rakyat tu...
Quote tumpanglalu74 24-8-2022 08:57 PM
Orix replied at 24-8-2022 07:08 PM
bodoh nya la org melayu ni... org cina ketawa mengekek2 je tgok org melayu tak tegas dengan undang2. ...


Ko ni usah pukol rata..  Yang mintak Bijan diamporn tu sume melayu yang bergantong idop dengan politik.  Calimakan..  Cine yang calimakan dengan politik pon siked2 Losmah sana, Losmah sini what..  Itu Jho Low melayu ka india??
Quote zidane_ziege 24-8-2022 08:58 PM
aHoi83 replied at 24-8-2022 08:42 PM
Itu sbb i tak setuju anuar dpt pengampunan hari tu apatah lagi atas nasihat PM. Dhla buang masa bert ...

Nuart diampunkan sbb PM at the day yg mohonkan..

Geng jibby lak skrg tgh cari gaduh dgn PM at the day..

Mael tersenyum sinis..
Quote jalfa 24-8-2022 09:04 PM
Tp mael tu ramai ke geng dia ..kalo betpatah arang nanti mael join tun death ke join abah korang?

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.051797 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top