View: 3723|Reply: 55
|
[Tempatan]
Bersih buat petisyen, mohon Agong jangan ampun Najib, namun penyokong Najib tetap serah memo mohon pengampunan Agong
[Copy link]
|
|
Edited by Rockafella at 25-8-2022 09:04 AM
Bersih buat petisyen, mohon Agong jangan ampun Najib
https://www.malaysiakini.com/news/633267
Diterbitkan: Aug 24, 2022 3:35 PM⋅
Dikemaskini: 4:05 PM

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya Bersih memulakan petisyen atas talian yang memohon supaya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mengampunkan Najib Razak.
“Rakyat sepenuh hati memohon limpah perkenan Tuanku untuk mempertimbangkan rayuan patik-patik sekalian agar sebarang permohonan ampun oleh Najib, yang telah memberi malu kepada negara ini.
"Sebagai negara, kita tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapapun pelakunya,” menurut teks petisyen itu.
Najib dimasukkan ke penjara mulai semalam selepas kalah dalam kes rayuan bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskannya bersalah dalam kes rasuah RM42 juta melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.
Hari ini sekumpulan penyokong Najib berkumpul di depan Istana Negara di Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum bagi memohon pengampunan diraja kepada bekas perdana menteri itu.
Sementara itu, menurut petisyen Bersih, Najib yang juga ahli parlimen Pekan telah membawa aib kepada negara dan sebagai sebuah negara, rakyat tidak boleh bertoleransi dengan rasuah walau siapa pun pelakunya.
"Walaupun mungkin Najib tidak malu dengan perbuatannya, patik-patik sekalian rakyat terpaksa hidup menahan malu kerana negara terpalit sebagai kes kleptokrasi terbesar di dunia.
"Rakyat sepenuh hati memohon limpah perkenan Tuanku untuk mempertimbangkan rayuan patik-patik sekalian agar sebarang permohonan ampun oleh Najib, yang telah memberi malu kepada negara ini.
"Sebagai negara, kita tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapapun pelakunya.
"Biarlah Najib menjalani hukuman 12 tahun penjara dan membayar denda RM210 juta untuk dijadikan amaran kepada semua pemimpin yang sangka mereka boleh dengan korup menyalahgunakan kuasa," tambahnya.
Semalam, pakar perundangan, Salehuddin Saidin dilaporkan berkata Najib atau waris boleh memohon pengampunan daripada Agong meskipun telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Salehuddin berkata Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 42 menyatakan bahawa sama ada seseorang yang telah disabitkan dan menjalani hukuman atau waris boleh membuat membuat permohonan pengampunan daripada sultan atau Seri Paduka Baginda.
Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan iaitu satu salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.
Sehingga berita ini ditulis lebih 11,000 tandatangan dikumpulkan di laman web change.org
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Najib ada tempoh 14 hari fail pengampunan atau hilang status MP
https://www.malaysiakini.com/news/633184
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Aug 23, 2022 10:29 PM⋅
Dikemaskini: 10:29 PM

Najib Razak mempunyai pilihan untuk memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadapnya.
Bagaimanapun, peguam New Sin Yew berkata, bekas perdana menteri itu mesti memfailkan petisyen dalam tempoh 14 hari atau kehilangan statusnya sebagai ahli parlimen Pekan.
“Pengampunan bukan proses kehakiman, yang telah berakhir di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah proses eksekutif di mana eksekutif boleh memilih untuk meremit, menggantung atau meringankan hukuman.
“Jika Najib berjaya dalam petisyennya untuk pengampunan, pemenjaraan dan dendanya boleh dikurangkan atau digantung sepenuhnya.
“Kuasa ini hanya boleh dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding atau disyorkan oleh Lembaga Pengampunan,” tambahnya.
Lembaga Pengampunan, katanya, terdiri daripada peguam negara, menteri wilayah persekutuan dan tiga ahli lain yang dilantik oleh Agong, yang mengetuai lembaga itu.
“Tiada had masa untuk memutuskan petisyen untuk pengampunan dan tidak ada had untuk berapa kali seseorang boleh memfailkan petisyen untuk pengampunan.
“Tetapi bagi kes Najib, jika dia tidak melakukannya dalam tempoh 14 hari, dia akan kehilangan status sebagai ahli parlimen di bawah Perkara 48,” tambahnya.

Peguam New Sin Yew
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata dia masih menunggu perintah rasmi yang diwartakan berhubung status kerusi parlimen Pekan yang disandang Najib.
"Jika dia tidak memfailkan sebarang rayuan lain dalam tempoh 14 hari, maka dia akan hilang kelayakan," kata Azhar kepada pemberita ketika majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke-77 Suruhanjaya Tinggi Indonesia di Kuala Lumpur.
“Jika dalam tempoh 14 hari terdapat petisyen difailkan untuk pengampunan, maka kelayakan ahli parlimen untuk menyandang kerusinya akan kekal sehingga petisyen diputuskan,” katanya.
Najib dipilih menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak 1976.
Dia bertanding di kerusi itu berikutan kematian bapanya allahyarham Abdul Razak Hussein, yang merupakan perdana menteri kedua.
Spekulasi mengenai pengampunan untuk Najib telah tersebar sejak kesnya bermula. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kena ampunkan dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Biarkannla dia duk aman2 kat penjara tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Awalnya..buatnya agung amporn...kes 1mdb sangkut lagi...nak kena amporn lagi ke cemane |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh nya la org melayu ni... org cina ketawa mengekek2 je tgok org melayu tak tegas dengan undang2... |
|
|
|
|
|
|
|
x lama lg nk pru, hilang la juga nnt status mp, bagila die ke dlm lama sket, kalau x backfire pada sistem monarki |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal sorang individu sampai nak membaraikan sistem perundangan negara siap nak mohon pengampunan bagai..?? Cikai sgt ke undang2 negara ni..??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi habis semua perbicaraan dulu. Baru la mintak ampun. Next 1mdb pulak. Ke dah konfiden bn menang pru so court under control  |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sangat terhutang budi dan mungkin juga mereka berTuhankan manusia yang memberi rezeki kepada mereka?
Tak boleh nak hadam la... Sakit kepala fikirkan....
 |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sbb i tak setuju anuar dpt pengampunan hari tu apatah lagi atas nasihat PM. Dhla buang masa bertahun kes mahkamah berjalan. Eh senang2 plak nk mintak lepas gitu jahh. Sial betol politician |
|
|
|
|
|
|
|
Petisyen ni tantamount to nak kata Jagong tak berotak ye?  |
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 24-8-2022 04:44 PM
Kenapa kena ampunkan dia?
Org mintak ampun kalau bersalah .kalau tak bersalah mcm kata cacai dia..buat apa nk mintak ampun.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ekod79 replied at 24-8-2022 07:19 PM
x lama lg nk pru, hilang la juga nnt status mp, bagila die ke dlm lama sket, kalau x backfire pada s ...
Jagong n wifey kan kengkononnya nk portray depa tu berjiwa rakyat..kalau senang2 je kroni diampunkan, habislah rosak reputation berjiwa rakyat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 24-8-2022 07:08 PM
bodoh nya la org melayu ni... org cina ketawa mengekek2 je tgok org melayu tak tegas dengan undang2. ...
Ko ni usah pukol rata.. Yang mintak Bijan diamporn tu sume melayu yang bergantong idop dengan politik. Calimakan.. Cine yang calimakan dengan politik pon siked2 Losmah sana, Losmah sini what.. Itu Jho Low melayu ka india?? |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 24-8-2022 08:42 PM
Itu sbb i tak setuju anuar dpt pengampunan hari tu apatah lagi atas nasihat PM. Dhla buang masa bert ...
Nuart diampunkan sbb PM at the day yg mohonkan..
Geng jibby lak skrg tgh cari gaduh dgn PM at the day..
Mael tersenyum sinis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp mael tu ramai ke geng dia ..kalo betpatah arang nanti mael join tun death ke join abah korang? |
|
|
|
|
|
|
| |
|