CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Program Realiti Cari Cinta Buka Peluang Peminat Pikat Aktor Bujang Macho

24-8-2022 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3392| Komen: 40

Aplikasi penstriman hiburan tempatan sooka bakal memperkenalkan siri Originals berformatkan program realiti mencari cinta melibatkan selebriti yang pertama di Malaysia pada Disember ini.


Rancangan berinspirasikan program realiti popular masa kini itu turut mendapat kerjasama Astro dan akan menampilkan seorang selebriti misteri popular yang sering menjadi tumpuan ramai.

Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, fenomena program realiti mencari cinta sudah menjadi trend diminati generasi milenial pada masa kini dan pihaknya gembira memperkenalkan siri Originals sooka pada penghujung tahun ini.



Kata Emarina, pihaknya berharap program tersebut akan memberi peluang kepada peserta dan peminat untuk mengenali selebriti pujaan mereka dengan lebih dekat sebagai artis dan individu biasa.

"Format program ini akan mengetengahkan keserasian personaliti para peserta dan selebriti terlibat, berlandaskan konteks bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan.

"Kami juga berharap program ini dapat menggalakkan syarikat produksi tempatan untuk berani menghasilkan kandungan lebih kreatif pada masa akan datang," katanya.

Bercakap mengenai identiti selebriti berkenaan, Emarina berkata, artis berkenaan tidak asing dalam industri perfileman negara dan dia bukan sahaja pelakon bujang yang macho tetapi mempunyai personaliti menarik dan santai.

"Kami berpendapat rancangan ini bakal mendapat sambutan memberangsangkan dengan adegan-adegan penuh drama demi mencuri hati selebriti misteri tersebut.

"Sudah pasti tarikan utama adalah untuk menyaksikan keserasian bakal peserta bersama selebriti berkenaan sebagai pendorong kepada peminat untuk terus menonton kisah selanjutnya sehingga ke episod terakhir," ujarnya.

Bagi wanita yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh menghantar video pendek, 'Mengapa saya ingin berkenalan' (namakan tiga selebriti pilihan) ke [email protected].

Warganegara Malaysia berusia antara 21 hingga 45 tahun dijemput menyertai sesi uji bakat sebelum tarikh tutup 23 Ogos depan.

Program realiti ini akan ditayangkan secara eksklusif di Sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sooka-pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90 sebulan.

Pengguna juga boleh melanggan pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 24-8-2022 04:13 PM
teringat program TB3 mencari cinta dulu............pastu x bersatu pun....
Quote miszclassique 24-8-2022 04:27 PM
Pelakon bujang yang macho?
Jangan zulripin sudahhhh sebab heols tak macho
Quote laksmanabentan 24-8-2022 04:30 PM
miszclassique replied at 24-8-2022 04:27 PM
Pelakon bujang yang macho?
Jangan zulripin sudahhhh sebab heols tak macho

Marqeen uoollssss...

ntah2 Iqbal camno?
Quote miszclassique 24-8-2022 05:05 PM
laksmanabentan replied at 24-8-2022 04:30 PM
Marqeen uoollssss...

ntah2 Iqbal camno?

Yihhhh kalau iqbal harus muntah darah adik2 n acik2 yg pergi casting

Merqeen tu i google filem baru 2, kalau tengok dari silhouette tu macam dini laki si janna pun ye jugak tapi budak tu pun hampeh je filem dia baru 1
Quote dudaberhias 24-8-2022 05:07 PM
laksmanabentan replied at 24-8-2022 04:30 PM
Marqeen uoollssss...

ntah2 Iqbal camno?

kalau bebal... terus menopos iols sebelum masuk rancangan tu
harap2 herlok lah aktornya... hujung2 kalau di bubuh kelindan lori dalam rancangan realiti macamni baik lah ambik buruh indon je
Quote supernaturalee 24-8-2022 05:41 PM
redza rosli pun herlokkk

Quote orkid_amani 24-8-2022 06:02 PM
Zizan razak kot
Quote Redmyvi 24-8-2022 06:02 PM
berdasarkan poster mcm shafiq kyle
Quote jejaka_hensem 24-8-2022 06:04 PM
Lelaki boleh join tak?
Quote nakkomenjugak 24-8-2022 06:44 PM
penat2 mencari cinta straight sekali ummah lemari
ummah alphabet boleh apply ke idok?
Quote GegarVaganja 24-8-2022 06:47 PM
jejaka_hensem replied at 24-8-2022 06:04 PM
Lelaki boleh join tak?

Boleh je try nok.
Mana la tau uolls adalah orang yang dicari oleh aktor itu. Rezeki la.

Quote missHaidiD 24-8-2022 07:19 PM
Jul ripin ada tak. Kesian dia sendoo skrg
Quote asfaz 24-8-2022 07:31 PM
pembacagosip replied at 24-8-2022 04:13 PM
teringat program TB3 mencari cinta dulu............pastu x bersatu pun....

Snyap aje kan. Salah sorang peserta yg nama joe meninggal tak lama lepas program tu.
Quote asfaz 24-8-2022 07:32 PM
miszclassique replied at 24-8-2022 04:27 PM
Pelakon bujang yang macho?
Jangan zulripin sudahhhh sebab heols tak macho

Ntah2 wak doyok
Quote liyamariska 24-8-2022 07:38 PM
Nape cm tiru konsep rancangan The Bachelor... rasa cm cheesy tgk peserta2 dok hadap selebriti misteri yg dipilih...
Quote mojarean_X 24-8-2022 07:45 PM
Ada meerqeen tak? Ntah2 shuk ngan soeb
Quote mojarean_X 24-8-2022 07:47 PM
Edited by mojarean_X at 24-8-2022 07:48 PM

Nk bujang je kan Ntah2 Zoey Rahman ngan Prince chiki2 boom dinzly. Ataupun Azwan Ali ngan Kelly Azman...itu semua bujang
Quote suka2 24-8-2022 07:57 PM
asfaz replied at 24-8-2022 07:31 PM
Snyap aje kan. Salah sorang peserta yg nama joe meninggal tak lama lepas program tu.

Yg menang tu pun on obviously mcm tak sincere je. Masa sesi pegi berkenalan dekat rumah family yg menang tu cuma berdua dgn maknya aja. Nmpk pun mcm tak mesra.  Yg meninggal tu nama joe labi masa sesi berkenalan dgn family arwah ni mmg nampak meriah welcoming betul. Arwah ni tak silap iols ingat mcm chef ke gitu la keje f&b. Yg menang tu lawyer. Motip rancangan purbakala iols masih ingat
Quote love_warrior 24-8-2022 08:01 PM
Apakah Zulripin

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049138 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top