CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Restu Anak Jadi Pelakon, Abby Harap Danish Tak Ulang Kesilapan Sama Seperti Dirinya

25-8-2022 07:46 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3415| Komen: 21|Original author: Tatod

Sumber IG


Pelakon, Abby Abadi, 45, mengakui pengalamannya sepanjang aktif dalam bidang seni hiburan membuatkan dia sedikit sebanyak bimbang anak terunanya, Danish Hakim mengulangi kesilapan sama seperti mana yang pernah yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan itu bagaimanapun merestui pembabitan anak sulungnya itu dalam bidang hiburan selain mengingatkan supaya tidak leka dan menjaga hubungan baik dengan Allah.

Memetik laporan mStar, Abby pada awalnya tidak melihat anak-anaknya cenderung memilih kerjaya sama seperti dirinya namun tidak menghalang mereka sekiranya mempunyai keinginan untuk terjun dunia seni.


"Saya selalu nasihatkan dia supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Selalu menjaga hak Allah dan tahu batas dalam dunia lakonan. Saya tidak mahu dia ulang kesilapan yang saya pernah buat sebelum ini.

"Ketika berlakon dulu, saya pernah terleka. Saya tidak mahu ia terjadi kepada anak-anak saya," katanya kepada mStar.

Danish yang terpilih sebagai salah seorang peserta Fit For Action, boleh dikatakan mempunyai latar belakang agama yang kuat apatah lagi dia pernah mengikuti pengajian hafazan di Turkiye pada usia 14 tahun.

Bagaimanapun, Abby tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang bagi anaknya atau mana-mana individu yang mempunyai latar belakang agama untuk menceburi bidang seni.


"Ramai yang anggap seseorang yang ada latar belakang agama tak boleh masuk dalam dunia hiburan. Perkara itu harus diubah. Siapa tahu dengan ilmu yang Danish ada dia boleh mengajak lebih ramai untuk mendekati agama.

"Bukan satu kesalahan besar bagi mereka yang ada pendidikan agama untuk terjun ke dunia seni sebab kalau pandai bawa diri, kerja apa sekali pun tidak akan ada sebarang masalah," katanya.

Terdahulu, Danish terpilih sebagai peserta dalam pencarian bakat yang ditayangkan menerusi TV3 itu menegaskan dia menolak untuk melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 25-8-2022 10:21 AM
dak nak fokus pada agama, masuk dunia hiburan atas tujuan apa? nak berdakwah? biar je la PU azman berlakon. bini jahlop pon acah2 ugamawan tapi kantio bebird terbang kan?
Quote iznanaziz 25-8-2022 10:41 AM
azimodin replied at 25-8-2022 10:21 AM
dak nak fokus pada agama, masuk dunia hiburan atas tujuan apa? nak berdakwah? biar je la PU azman be ...

dia ni biasa berlakon ke sebelum2 ni?
harap2 PU Azman bila berlakon, tak tersasar.
Quote Suchi 25-8-2022 10:45 AM
Edited by Suchi at 25-8-2022 10:46 AM

Susah sbb dah darah seni tu mmg mengalir dlm tubuhnya,hantar la tahfiz mana sampai turkiye sekali pun walau  mak berat nak bg depa tetap buat juga tak skrg nnt bila mak takde ke apa.
Bukan sorang dua artis2 yg berlatarbelakangkan pendidikan agama, ramai je budak2 SMA or tahfiz jd artis kalau tak berlakon depa jd pengacara still dlm industri seni juga.

Quote KBW2 25-8-2022 11:02 AM
opkos yebbi, opkos. industri menunggang agama memang masyuk.
Quote missHaidiD 25-8-2022 11:09 AM
[attach]2550705[/attach]
KBW2 replied at 25-8-2022 11:02 AM
opkos yebbi, opkos. industri menunggang agama memang masyuk.


Kahkahkah
Zaman menjadi setazah pas
Quote missHaidiD 25-8-2022 11:11 AM
Aku teringt dulu pernah baca yebi masa dgn jul tido sebilik masa shooting

Yg spill tea tu bdk2 crew
Quote prince_marhaen 25-8-2022 02:42 PM
"..Bukan satu kesalahan besar bagi mereka yang ada pendidikan agama untuk terjun ke dunia seni sebab kalau pandai bawa diri, kerja apa sekali pun tidak akan ada sebarang masalah," katanya..."

MASA ZAMAN JADI SETAZAH CERAMAH PAS PIS PUS DULU kemainnnn hina ye kerjaya seni dunia hiburan.... sejak dah gentel-menggentel ke sana ke mari dengan ex laki, terus halal ye...
Quote KBW2 25-8-2022 02:45 PM
missHaidiD replied at 25-8-2022 11:09 AM
Kahkahkah
Zaman menjadi setazah pas

Ambouiiii setagajah yebbi dah lupekerrrrr
Quote KBW2 25-8-2022 02:47 PM
missHaidiD replied at 25-8-2022 11:11 AM
Aku teringt dulu pernah baca yebi masa dgn jul tido sebilik masa shooting

Yg spill tea tu bdk2 crew ...

dulu derang berchenta bagai nak rak kan.

masa tu jul belum transform menjadi esbok lagi muka jambuuu
Quote mojarean_X 25-8-2022 03:04 PM
Jgn jd syafi tee 2.0 udahlah ye
Quote Madel 25-8-2022 03:08 PM
Patut nya ada tambahan jgn ulang kesilapan bapak dok usung tilam sana sini
Quote Whateverr 25-8-2022 03:12 PM
Budak ni tkde xfactor la ..tak tau tgk muka dia mcm mehhhhh ...????????
Quote supernaturalee 25-8-2022 03:15 PM
ahh kecik lagi
tgk besar sikit sok
die la yg paling terrrrrpaling


Quote zie_indah 25-8-2022 06:41 PM
Bukan nak jadi ustaz ke
Quote newyork 25-8-2022 07:27 PM
Oklah tu nak buat camna..mak pak di dah berusaha nak anak jadi tahfiz...bila besar anak buat decision sendiri...
Quote jihyomelly 25-8-2022 10:31 PM
missHaidiD replied at 25-8-2022 11:11 AM
Aku teringt dulu pernah baca yebi masa dgn jul tido sebilik masa shooting

Yg spill tea tu bdk2 crew ...

tu shooting..pegi china pun sesama jugak..masa zul memula masuk industri kan
Quote DeLuna85 26-8-2022 03:01 AM
Abby ni dah mcm makcik2 dah. Padahal dulu masa Muda cantik je. Cuba belajar dari che ta.
Quote DeLuna85 26-8-2022 03:02 AM
missHaidiD replied at 25-8-2022 11:11 AM
Aku teringt dulu pernah baca yebi masa dgn jul tido sebilik masa shooting

Yg spill tea tu bdk2 crew ...

Aummmmm.. boleh tahan
Quote shida81 26-8-2022 09:26 AM
missHaidiD replied at 25-8-2022 11:11 AM
Aku teringt dulu pernah baca yebi masa dgn jul tido sebilik masa shooting

Yg spill tea tu bdk2 crew ...

Dia 'jaga niat'  

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.094465 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top