CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teguran Pendakwah Bukan Ikhlas Sebaliknya Lebih Kepada Kecaman - Baby Shima

24-8-2022 04:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1840| Komen: 12|Original author: Tatod


Selalu terpalit dengan kontroversi, penyanyi, Baby Shima, sudah kebal dengan segala kecaman dan kritikan yang dilemparkan netizen terhadapnya.

Menerusi laporan BH Online, wanita berusia 30 tahun itu sama sekali tidak terkesan walaupun ada segelintir warganet yang melabelnya sebagai pelakon 'lucah'.

Penyanyi dangdut yang mencipta nama di Indonesia itu juga turut menerima teguran terbuka daripada pendakwah namun menyifatkan perkara itu bukanlah dilakukan secara ikhlas tetapi lebih kepada bentuk kecaman.



"Jika teguran, seeloknya disampaikan terus kepada saya seperti teguran mufti yang memberikan pencerahan kepada saya.

"Tidak semua pendakwah tulus dan lurus, ada juga pendakwah terpalit isu negatif. Kita makhluk ciptaan Allah yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Jika saya salah, tegurlah secara peribadi. Bukannya menggunakan platform media sosial, jadi tolonglah bersikap adil.

"Peliknya kenapa saya sahaja yang ditegur, sedangkan ada segelintir artis menayang pusat dan menari tergedik-gedik dengan menayang aset namun tidak pula ditegur. Kenapa saya sahaja jadi sasaran." katanya.


Baby Shima turut menafikan dirinya mencetuskan kontroversi sebaliknya netizen sendiri yang gemar memberi komen berlebihan dengan pelbagai tohmahan apabila ada penulis blog menulis cerita tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Katanya, dia tidak menari secara berlebihan melainkan tariannya mengikut rentak dalam video muzik.

"Sepatutnya netizen yang rasa penat, bukan saya. Ini kerana ada sahaja perkara netizen tidak puas hati lantas tak berhenti mengecam.


"Segelintir yang bersikap negatif tidak mewakili keseluruhan masyarakat. Saya ada penyokong tegar yang masih sayangkan saya seperti saya menyanyangi dan menghargai mereka.

"Kepada golongan haters, teruskan usaha anda," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakshinchan 24-8-2022 10:27 PM
semoga cpt bertemu malaikat mungkar & nangkir
Quote chilly 24-8-2022 11:16 PM
Tahan maki dia ni.
Quote slyfynx 24-8-2022 11:58 PM
Abis nk tegur dengan nyanyian jg ke cemane nih?
Quote princessmiang 25-8-2022 12:09 AM
Bila rasa malu dah hilang..kesian..dh tua pun baby baby lagi ..baby celah mana...babi adalah
Quote esbok 25-8-2022 12:42 AM
dia gini, wujud je dah orang tegur lembut, tapi dikatakan gatal, bila depa tegur keras, dikatakan kasaq. nikmat mana yang mahu kau dustakan
Quote KamikuP 25-8-2022 03:04 PM
Bila sheolls dah tua dan mohon bantuan rumah pprt cuolls simpati ke atau whoayusskanan sajork baby shimanih?
Quote likilu 25-8-2022 03:20 PM
Hal halal haram orang takleh tegur, tapi dia gigih duk kira ikhlas hati orang lain

Lain macam dia ni
Quote eslimau 25-8-2022 03:26 PM
yelah simah, tak habis habis menyalahkan orang. satu hari nanti, bila takdak siapa nak pedulikan kau, nasihatkan kau jangan pula keluarkan statement takdak orang tegur kau.
Quote asfaz 25-8-2022 03:58 PM
Andai tetiba sakit,delete siap2 gambar dan video kau tu. Nanti dh mati takde la family kenalan kau mintak netizens jangan sebar aib,delete gambar video bagai
Pesan aje
Quote lattehazelnut 25-8-2022 04:02 PM
Da mmg kau carik penyakit
Quote dudaberhias 25-8-2022 04:05 PM
dah engkau yang lagi ralit menunjuk... so dorang tegur la ko dulu dikkk dah engkau yang paling menonjol...
lagipun itu memang yang kau mahukan pun...

sementara masih laku ni kita kena pandai... sauk je banyak2 duit ke job...
buat je bebanyak kontroversi...

hujung2 dah tak laku nanti katup sampai nampak dua bijik mata macam makhluk duduk depan kedai eco dan repair tayar tu... lepastu kita pedajal orang style lain plak...
Quote Aneem 25-8-2022 05:26 PM
Rasanya cakap elok sudah, berlapik sudah, kecam pun sudah?
Tp kau berubah ke hanat?
Makin bertambah teruk pangai malaun todi ni.
Sepehawau mana pulak nak bentang karpet merah pujuk babi cimot ni, silakan.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.086853 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top