|
Ratu rock negara Ella, 56, teruja apabila dirinya dilantik sebagai figura peladang, sekali gus membantu mempromosikan acara Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, baru-baru ini.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin yang kini dikenali sebagai tauke cili berjaya, berkata dia bersyukur dengan perlantikannya itu, sebagai usaha menarik minat pembabitan generasi muda dalam bidang perladangan negara. "Saya okey saja kalau dipanggil tauke cili, sebab itu bermakna orang dah tahu apa yang kita minat, selain daripada karier nyanyian. Pada masa sama, saya juga boleh 'share' apa yang kita buat kepada peminat dan masyarakat.
"Selain menyanyi, sekarang fokus saya memang berladang kerana berjasa pada tanah ini sebenarnya lebih memberikan ketenangan. Ditambah, kita pun minat," katanya ditemui pada sesi fotografi sebagai duta produk Mamadil, baru-baru ini.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.158567 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.