CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1878|Reply: 12

Dulu RATU ROCK, kini Ella Ratu Cili....

[Copy link]
Post time 24-8-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Ella okey saja kalau dipanggil tauke cili


Ella. Foto dari Instagram


Kuala Lumpur: Ratu rock negara Ella, 56, teruja apabila dirinya dilantik sebagai figura peladang, sekali gus membantu mempromosikan acara Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, baru-baru ini.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin yang kini dikenali sebagai tauke cili berjaya, berkata dia bersyukur dengan perlantikannya itu, sebagai usaha menarik minat pembabitan generasi muda dalam bidang perladangan negara.

"Saya okey saja kalau dipanggil tauke cili, sebab itu bermakna orang dah tahu apa yang kita minat, selain daripada karier nyanyian. Pada masa sama, saya juga boleh 'share' apa yang kita buat kepada peminat dan masyarakat.

"Selain menyanyi, sekarang fokus saya memang berladang kerana berjasa pada tanah ini sebenarnya lebih memberikan ketenangan. Ditambah, kita pun minat," katanya ditemui pada sesi fotografi sebagai duta produk Mamadil, baru-baru ini.

Ella berkata pembabitannya dalam perladangan cili bukan saja membuatkan ramai peminat terkejut, tetapi mereka juga amat teruja dan 'happy'.

Katanya, malah ada antara mereka yang berminat nak jadi peladang sepertinya.

"Ada yang minta kongsi ilmu dan tanya macam mana saya berjaya mengusahakan ladang cili itu. Sebabnya, saya banyak buat secara kaedah 'smart farming' dengan menggunakan teknologi baharu pertanian.

"Setakat ini, saya juga memberi peluang kepada pelajar dan sesiapa saja berminat yang dipilih untuk berkongsi ilmu dengan mereka mengenai kaedah 'smart farming' ini di ladang cili saya yang terletak di Jeram, Selangor," katanya.

Ella berkata, bagi sesiapa yang berminat dalam perladangan, mereka kena mencuba dulu dan banyak bertanya kepada pihak berkaitan, termasuk cara memohon bantuan kewangan untuk projek perladangan yang hendak diusahakan. Katanya, mereka akan sentiasa dibantu.

Menyifatkan bidang perladangan besar untuk diterokai, Ella berkata ia juga penting untuk 'food rescue' negara pada masa depan. Jelasnya, jadi kita kena mulakan dari sekarang, terutama bagi menarik minat generasi muda masa kini terhadap pertanian.

Terdahulu, difahamkan Ella dan suaminya, Azhar Ghazali mula mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak 2017 lalu dengan modal pusingan sebanyak RM150,000, yang membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ipanggil-tauke-cili

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2022 01:49 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilot n ex pilot ramai yg buat farming eh..lg2 time pandemik takleh fly...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 02:27 PM | Show all posts

Ella Jadi Tauke Cili, Dilantik Sebagai Figura Peladang

Ratu rock negara Ella, 56, teruja apabila dirinya dilantik sebagai figura peladang, sekali gus membantu mempromosikan acara Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, baru-baru ini.


Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin yang kini dikenali sebagai tauke cili berjaya, berkata dia bersyukur dengan perlantikannya itu, sebagai usaha menarik minat pembabitan generasi muda dalam bidang perladangan negara.


Foto: IG




"Saya okey saja kalau dipanggil tauke cili, sebab itu bermakna orang dah tahu apa yang kita minat, selain daripada karier nyanyian. Pada masa sama, saya juga boleh 'share' apa yang kita buat kepada peminat dan masyarakat.


"Selain menyanyi, sekarang fokus saya memang berladang kerana berjasa pada tanah ini sebenarnya lebih memberikan ketenangan. Ditambah, kita pun minat," katanya ditemui pada sesi fotografi sebagai duta produk Mamadil, baru-baru ini.


  



Ella berkata pembabitannya dalam perladangan cili bukan saja membuatkan ramai peminat terkejut, tetapi mereka juga amat teruja dan 'happy'.


Katanya, malah ada antara mereka yang berminat nak jadi peladang sepertinya.




  



"Ada yang minta kongsi ilmu dan tanya macam mana saya berjaya mengusahakan ladang cili itu. Sebabnya, saya banyak buat secara kaedah 'smart farming' dengan menggunakan teknologi baharu pertanian.


"Setakat ini, saya juga memberi peluang kepada pelajar dan sesiapa saja berminat yang dipilih untuk berkongsi ilmu dengan mereka mengenai kaedah 'smart farming' ini di ladang cili saya yang terletak di Jeram, Selangor," katanya.




  



Ella berkata, bagi sesiapa yang berminat dalam perladangan, mereka kena mencuba dulu dan banyak bertanya kepada pihak berkaitan, termasuk cara memohon bantuan kewangan untuk projek perladangan yang hendak diusahakan. Katanya, mereka akan sentiasa dibantu.


Menyifatkan bidang perladangan besar untuk diterokai, Ella berkata ia juga penting untuk 'food rescue' negara pada masa depan. Jelasnya, jadi kita kena mulakan dari sekarang, terutama bagi menarik minat generasi muda masa kini terhadap pertanian.


  



Terdahulu, difahamkan Ella dan suaminya, Azhar Ghazali mula mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak 2017 lalu dengan modal pusingan sebanyak RM150,000, yang membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 02:30 PM | Show all posts
bagus ella cari alternative utk sara hidup masa depan semuga terus maju jaya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2022 03:22 PM | Show all posts
Dulu RATU ROCK, kini Ella Ratu Cili....
https://bm.cari.com.my/forum.php ... extra=#pid151420792
dah ada

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2022 05:07 PM | Show all posts
Syabas Ella..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Husband Ella ni nampak macam falling in love sangat2 dengan Ella. His childhood crush kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunia nyanyian tak kekal selamanya. Elok juga jadikan pertaniaan sbg sumber rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 03:13 AM | Show all posts
cabai mahal woo sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:35 AM | Show all posts
ella ni buat muka ke? tgk kembong semacamm
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 07:38 AM | Show all posts
Ella ni kemas walaupun rockers.. ni stok stok balada punya penyanyi dressing mcm org gila.. haisshh...contohi la Ella ber pakaian..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 09:32 AM | Show all posts
mana nak beli cili ella
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.115669 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list