Amy menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk. Penyanyi ini merupakan satu-satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73.
Amy juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato Sri Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni. “Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat. Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali,” katanya kepada Gempak.
Tambahnya, penganugerahan pingat Datuk yang dikurniakan kepadanya adalah sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan buah seluruh karyawan hiburan. “Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita."-CARI
|
supernaturalee replied at 24-8-2022 03:55 PM
lagi flex la bini sheols lps ni
KamikuP replied at 24-8-2022 04:27 PM
Wife meolls dapat offer datukship tapi kena bayar dengan payung kuning negeri tokti.. pi mampuiii
KamikuP replied at 24-8-2022 04:27 PM
Wife meolls dapat offer datukship tapi kena bayar dengan payung kuning negeri tokti.. pi mampuiii
ADVERTISEMENT