CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Rose Tak Peduli Dengan Kecaman, Kalau Ada Boyfriend Pun Tak Nak Tunjuk

24-8-2022 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2442| Komen: 7

Description: Kerjaya sebagai selebriti sememangnya bukan satu hal yang mudah. Banyak cerita perit yang perlu ditempuh setiap anak seni yang mahu mengintai peluang dalam bidang hiburan.
Sharifah Rose, semakin lali dengan kecaman malah mengaku bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Justeru, dia memilih memudahkan urusan di set penggambaran berbanding memikirkan kritikan netizen terhadapnya.

Foto: IG

"Kita tidak boleh paksa orang sukakan kita. Kalau orang suka, mereka akan suka. Jadi, soal diterima atau tidak, itu perkara lain. Apa yang penting, saya sudah meletakkan segala usaha untuk memperbaiki mutu lakonan.

"Lagipun, saya lebih mementingkan kepuasan sendiri dan mereka yang berada di sekeliling. Bagi saya, jika mereka senang bekerja dengan saya, itu lebih penting dan memberikan kepuasan," katanya.




Tambah Sharifah Rose, dia tidak boleh menipu dirinya apabila pernah 'koyak' kerana aksinya dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard dikritik hebat tahun lalu.

Bagaimanapun segala kekecewaan itu dapat diatasi apabila drama terbabit disambung untuk musim kedua.

Berita gembira itu secara tidak langsung memberi satu kelegaan dan senyuman kepada dirinya untuk melangkah lebih serius dalam dunia lakonan.



"Kecaman paling hebat yang saya terima tentunya ketika menerajui watak utama dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard. Pelbagai kecaman diterima hingga saya hampir putus asa.

"Namun, kritikan itu menjadi pembakar semangat untuk saya berubah dan buktikan kepada orang ramai bakat lakonan saya. Sejak itu, setiap kali terima tawaran sesuatu watak, saya akan bersungguh-sungguh.

"Saya akan kaji terlebih dahulu watak dan tidak sekadar melontar dialog. Bagi saya, adalah sesiapa pun kali pertama pasti ada kekurangan, setiap orang buat silap. Jadi, apa salahnya berikan kata-kata semangat," katanya.



Menyentuh mengenai kisah peribadi, Sharifah Rose enggan 'menjual' kisah cintanya kepada peminat, sebaliknya akan berkongsi apabila sudah pasti melangkah ke jenjang pelamin.

"Bagi saya, lebih baik hubungan istimewa disimpan kerana jika terlalu kerap berkongsi, bimbang mengundang 'cakap-cakap' orang luar.

"Lagipun sebagai 'public figure', segala tindak tanduk kita sering jadi perhatian. Bukan semua orang suka kita dan netizen ada sahaja perkara ingin diperkatakan.

"Jadi, saya pilih berkongsi apabila yakin orang itu adalah jodoh saya dan apabila tiba masanya naik pelamin," katanya yang kini membintangi drama terbaharu, Ku Punya Hati siaran TV3.



Memegang watak sebagai Rashidah dalam drama Ku Punya Hati, Sharifah Rose buat pertama kali digandingkan dengan bintang muda, Nabil Aqil.

Kata Sharifah Rose, drama terbabit menggandingkan dirinya dengan aktor sebaya buat kali pertama.

Disebabkan itu, wanita berusia 23 tahun itu mengaku mudah mencipta keserasian dengan Nabil yang melakonkan watak Noah. Bagaimanapun Sharifah Rose tidak menafikan drama terbabit memberi satu cabaran baharu kepada dirinya.


"Saya bukanlah orang yang kasar, jadi bila terpaksa berlakon menjadi kasar, ia sedikit mencabar buat saya.

"Tambahan pula, saya tidak ada banyak masa untuk membuat persiapan. Saya hanya ada empat hari untuk bersedia sebelum masuk ke set penggambaran Ku Punya Hati.

"Tetapi saya gunakan kesempatan berada di set penggambaran untuk berlatih dan banyak mendapatkan bantuan pengarah.

Babak saya tidak boleh lupa apabila terpaksa melakukan adegan berlawan hingga saya cedera dan penggambaran terpaksa ditangguhkan beberapa hari.


"Dalam insiden itu, mata saya bengkak dan lebam akibat terhantuk," katanya.

Drama 28 episod arahan Azmi Hatta itu menemui penonton di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-8-2022 02:32 PM
Untung badan.. Femes tiba2
Quote Kancilkering 24-8-2022 03:10 PM
drama
dia ni x berapa nak best le
walaupun jadik heroin…x tau le yg petang kul 7 tu leh lonjak kan nama dia….bdk intan najwa tu juga yg power berlakon…..
Quote rosedemon 25-8-2022 09:39 AM
xcantik la dia ni xpaham knp laki suka.
Quote mendeluk 25-8-2022 01:15 PM
rosedemon replied at 25-8-2022 09:39 AM
xcantik la dia ni xpaham knp laki suka.

Memang
Tak
Cantik
Pun
Quote rayna_raynes 25-8-2022 03:27 PM
Edited by rayna_raynes at 25-8-2022 03:33 PM

Meols suka muka dia ni berbanding Anna Jobling. Manis. Tapi she tak berapa sesuai jd pelakon. Better stick to modeling je
Quote bankerpencen 25-8-2022 05:30 PM
Berlakon teruk, suara dia tak sedap nak dengar. Kau diam2 jadi model je la pahros. Kau takde makeup tak lawa pun tapi lepas makeup boleh tahan la juga. Muka generic model2 tudung.
Quote cikbudu 26-8-2022 07:57 PM
Tak lawaaaa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.212851 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top