|
"Apabila anak tidak mendengar cakap, itu adalah satu ujian."
Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, mengulas kenyataan aktor Azhar Sulaiman yang hampir putus asa dalam menasihati anaknya, Kasih Iris Leona yang semakin 'menjadi-jadi' tingkah lakunya. Dalam temu bual bersama mStar, PU Syed berkata, anak-anak adalah cerminan hidup ibu bapa. "Pertama sekali kita kena sedar bahawa Allah telah sebut dalam al-Quran bahawa harta benda dan anak-anak adalah satu ujian. Apabila mereka tidak mendengar cakap, itu adalah satu ujian dan Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuan.
"Anak-anak akan melihat gaya hidup ibu bapa dan itu menjadi cerminan mereka. Bagaimanapun ada yang memilih jalan sendiri. "Kalau nasihat tak boleh 'pakai', berdoalah kepada Allah. Allah memiliki hati setiap manusia dan yakinlah Dia akan perkenankan setiap doa hambaNya," katanya kepada mStar. Bukan saja Azhar, malah semua ibu bapa yang berdepan masalah sama dinasihati supaya mendekati anak-anak mengikut kesesuaian usia kerana perwatakan berubah seiring dengan peningkatan usia.
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.194016 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.