CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1000|Reply: 7

"Allah Tak Uji Luar Kemampuan" - PU Syed Pesan Supaya Azhar Sulaiman Banyakkan Berdoa

  [Copy link]
Post time 24-8-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode
"Apabila anak tidak mendengar cakap, itu adalah satu ujian."



Pencetus Ummah (PU) Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, mengulas kenyataan aktor Azhar Sulaiman yang hampir putus asa dalam menasihati anaknya, Kasih Iris Leona yang semakin 'menjadi-jadi' tingkah lakunya.




Kredit foto: IG




Dalam temu bual bersama mStar, PU Syed berkata, anak-anak adalah cerminan hidup ibu bapa.

"ertama sekali kita kena sedar bahawa Allah telah sebut dalam al-Quran bahawa harta benda dan anak-anak adalah satu ujian. Apabila mereka tidak mendengar cakap, itu adalah satu ujian dan Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuan.

"Anak-anak akan melihat gaya hidup ibu bapa dan itu menjadi cerminan mereka. Bagaimanapun ada yang memilih jalan sendiri.

"Kalau nasihat tak boleh 'pakai', berdoalah kepada Allah. Allah memiliki hati setiap manusia dan yakinlah Dia akan perkenankan setiap doa hambaNya," katanya kepada mStar.


Bukan saja Azhar, malah semua ibu bapa yang berdepan masalah sama dinasihati supaya mendekati anak-anak mengikut kesesuaian usia kerana perwatakan berubah seiring dengan peningkatan usia.




  


"Bermainlah dengan anak pada usia mereka satu hingga tujuh tahun. Pada usia lapan hingga 14 tahun, ajar mereka tentang adab. Kemudian apabila mereka meningkat remaja, jadilah sahabat sehingga mereka boleh menceritakan masalah kepada kita.

"Ada ketika kita terlepas pandang dan anggap anak-anak masih kecil sedangkan mereka telah pun dewasa. Sentiasalah dekati mereka supaya mereka tidak rasa terasing.

"Sebenarnya anak-anak kena ikut pesan ibu bapa sampai bila-bila, biarpun sudah dewasa. Tanpa ibu bapa kita tidak akan lahir di dunia ini. Selagi nasihat itu tidak langgar hukum agama, kita kena ikut," jelasnya.




Kredit foto: IG





Jangan putus asa ya Azhar. Mana tahu tak lama lagi Kasih tiba-tiba bertudung litup pula kan, hasil usaha Azhar tidak putus-putus menasihati anaknya? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 12:48 PM | Show all posts
Montok sungguh anak heshe
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 02:52 PM | Show all posts
PU ni taknak buat bantahan ke, kat anak Azhar Sulaiman ni.. suruh orang ramai boikot tiktok dia ke..
hiburan melalaikan jugak tu. terang-terang lagi dia Muslim, lepas tu berpakaian seksi habis
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:14 PM | Show all posts
Edited by dewi_rina at 24-8-2022 04:16 PM

Salam PU, nak tegur orang pun pilih-pilih ye.. Yg si Purid dgn bini dia macam-macam taik dorang buat semua diam ye.. Baik ustad, ustajah, semua buat tak nampak

Masa majlis ilmu tu, ustad pun takde tegur si jah.. Btw, tolong ye jangan pilih bulu
p/s: Tapi betul lah apa yg PU ni cakap, tak disangkal


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hey PUndek
Sibuk nk tegur anak org dh kenapa
Anak dia buat ko terinzal ke hapa hah
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols memang dah lama sekolahkan kenalan yang minat sejenis syaiton begini, sekali dengan Semak Harun

Sedas jah iols bagi..depa ni semua hipokrit dalam beragama, jenis macamni pun nak ikut ka? Yang jantan ni sibuk nak condemn konsert Blackpink la apalah, konsert Nek Ani menopaus tak nak boikot? Orang tua gayut bertudung tu nak menari kau tak rasa marah? #SupportLokal ke kekdahnya?

Lepastu kalau jantan buat salah semua jadi buta, tang perempuan freehair semua hurung macam lalat hinggap dekat jubur lembu, JIJIK iols dengan golongan selective dalam beragama ni yihhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semaklah.. jgn bukak benang si syed ni lagi boleh tak. Semua nak mencapub agar nama sentiasa disebut2 dalam media porom bagai. Biar dia capub sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
PU tu bagi nasihat dari segi agama. kalau dah anak ketegaq parent cakap pon xnak dgr, doala. tgk bapak tu sendiri ada x yg x kena, rezeki yg dok bagi kat family jalannya macam mana. ni dok merempan kata anak xnak dgr ckp. ntah tegur pon pakai ws ja camna. usaha x cukup. fail sefail failnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.073047 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list