Pelakon, Hannah Delisha tidak terlepas menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang saban tahun menjadi acara tumpuan.
Hannah yang kini anggun berhijab bagaimanapun menerima teguran netizen apabila beberapa keping foto yang dikongsikan memaparkan dirinya menggayakan busana rekaan Alia Bastaman dikatakan tidak sesuai dengan imejnya bertudungnya.
Sumber IG
Walaupun ada yang memuji kecantikan pelakon itu namun ada juga segelintir warganet yang mempersoalkan bengkung yang dipakai oleh aktres tersebut mencemarkan penampilan muslimahnya.
Membuat keputusan untuk mengenakan tudung sejak tahun 2020, pelakon kelahiran Singapura itu banyak menuai pujian ramai yang mengatakan dirinya lebih manis berpenampilan seperti.
Peminat mengharapkan agar Hannah terus mengekalkan imej seperti sekarang ini. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
hahaha kat igs retis2 yang pergi KLFW ni diorang ambil video model2 tengah catwalk tu ai nampak kebanyakannya tak pakai bra pun .. setakat corset kat luar ni apa la sangat
I pun tak suka Alia b punya fashion. Tak cantik langsung. Baju2 raya semua tak cantik, even yang neelofa pakai time kahwin itu pun tak cantik. Biasa sgt mcm tempah dkt boutique biasa.
..lengan baju tu loose tapi bodice fitted. Lace up corset belt untuk muslimah hijabista tak sesuai. Fungsi bendaalah tu ialah mengikat pinggang supaya lemak-lemak badan tertolak ke atas dan memberi efek payudara menjadi selambak, teknik untuk freehair yang payudara kecik capai efek atau illusion tu. Kena terima hakikat la, you have no choice but to cover it not enhancing or making it prominent. Emphasis - your face is enough.