Noor Neelofa akui terharu apabila ada rakan artis yang bukan Muslim turut hadir di dalam majlis ilmu, Hijrah Cinta yang dianjurkannya baru-baru ini.
Neelofa, 33, berkata, pelakon Jasmine Suraya hadir kerana dia ingin tahu mengenai Islam. Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menambah, dia berbesar hati apabila pelakon itu menyuarakan hasrat untuk menyertai majlis ilmu yang diusahakan itu. “Alhamdulillah rezeki dia berpeluang menghadiri majlis itu. Saya sendiri berbesar hati untuk menjemput dia. Rasa berbunga-bunga hati bila dia mahu sertai.
“Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya. Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan ramai lagi.
|
pearl.silver replied at 23-8-2022 04:24 PM
So jazmin ni bakal kawen melayu vip kah?
epysha replied at 23-8-2022 04:39 PM
baby pian
nakkomenjugak replied at 23-8-2022 11:15 PM
Dah redi ke masuk isle? haa kalau terselak sikit kena kecaman dek aurat police aka netizen komfem so ...
ADVERTISEMENT