View: 2048|Reply: 14
|
Hati Neelofa Berbunga-Bunga Jasmine Suraya Datang Tuntut Ilmu, "Dia Orang Terakhir Yang Meninggalkan Majlis"
[Copy link]
|
|
Noor Neelofa akui terharu apabila ada rakan artis yang bukan Muslim turut hadir di dalam majlis ilmu, Hijrah Cinta yang dianjurkannya baru-baru ini.
Neelofa, 33, berkata, pelakon Jasmine Suraya hadir kerana dia ingin tahu mengenai Islam.
Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menambah, dia berbesar hati apabila pelakon itu menyuarakan hasrat untuk menyertai majlis ilmu yang diusahakan itu.
Foto: Media Hiburan
“Alhamdulillah rezeki dia berpeluang menghadiri majlis itu. Saya sendiri berbesar hati untuk menjemput dia. Rasa berbunga-bunga hati bila dia mahu sertai.
“Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.
Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan ramai lagi.
Malah, bekas hos program MeleTop itu turut berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu itu sebulan sekali.
“Saya ada pasukan di Pertubuhan Kasih Neelofa yang boleh membangunkan majlis dan memanggil ustaz atau ustazah dari dalam negara atau seberang. Jadi saya menggunakan mereka ini untuk menjayakan majlis khas buat selebriti.
“Itulah misi kami. Pada awalnya saya mengajak rakan selebriti dengan menghantar Whatsapp pada seorang demi seorang. Saya mahu mereka rasa dekat dengan mereka. Habis saja satu majlis, mereka mahu datang majlis berikutnya. Jadi insya-Allah saya akan cuba buat majlis ini secara bulanan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, ada berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Disebabkan itu, dia menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan Neelofa di mana menurutnya kehadiran itu sebenarnya dihadirinya secara senyap-senyap. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
So jazmin ni bakal kawen melayu vip kah? |
|
|
|
|
|
|
|
baby pian
|
|
|
|
|
|
|
|
epysha replied at 23-8-2022 04:39 PM
baby pian
Oh deyols bercinta kah |
|
|
|
|
|
|
|
mula majlis agama pastu buat la NGO, bole kaut byk sikit, jeles tgk yebit lewd pakai selipar gucci pi jamban. dah bole baca jalan nih |
|
|
|
|
|
|
|
eleh nk kawen dgn melayu la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pertubuhan macam pernah iols dengar namanya. Tapi di mana yach? |
|
|
|
|
|
|
|
Pertubuhan ngo dia ni sama mcm jariah tokriak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
So?? Konon2 artis2 berusrah, den kene kagum ke apa??embekk embekk..den dgr kambing mengembek dik... |
|
|
|
|
|
|
|
sesi penyucian ler tu...
lepas dah suci... di perkenalkan produk baru agittewww...
yang pasti acik2 semua tengah tunggu infaq kucate |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa jgnlaaaaaa... kl jamin masuk islam.. pls stay tru to yourself.... x payah nak lindungan kaabah laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Dah redi ke masuk isle? haa kalau terselak sikit kena kecaman dek aurat police aka netizen komfem sorga aka netizen sesuci minyak masak yang nak retis berkelubung ala2 ghostface 24/7? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu pun masuk islam. Nanti boleh tengok dia seksi lagi sampai puas |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh nngis Neelofa bca komen uol ni hahahaha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|