Umum tahu kita perlu memberikan keutamaan kepada golongan memerlukan untuk menggunakan lif di tempat awam seperti ibu bapa yang mempunyai stroller, warga emas atau orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda.
Namun, seorang bapa meluahkan rasa kesal selepas melalui pengalaman mengecewakan menggunakan lif di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur. Menerusi perkongsiannya di Twitter, lelaki itu mendakwa perlu menunggu sehingga 7 ke 8 kali lif tiba sebelum dia, isteri bersama anak mereka give up dan terus menggunakan escalator. Katanya yang membawa stroller ketika kejadian, sebelum itu berkali-kali lif tiba, namun ia dipenuhi dengan pengunjung tetapi tiada seorang pun dikatakan mengalah meskipun nampak mereka mempunyai stroller.
Bagaimanapun, keluhan lelaki tersebut tidak digemari segelintir golongan individu di Twitter yang bertindak mengkritiknya semula. Menerusi hantaran itu, golongan individu tersebut memberikan reaksi dan komen negatif malah ada yang turut melontarkan kata-kata yang agak kasar. Meskipun terdapat segelintir individu yang memberikan komen tidak puas hati sebegitu, ramai netizen yang berpihak padanya dan mengakui pernah melalui pengalaman sama seperti lelaki itu. Menurut mereka, golongan sebegini tidak memahami kerana tidak mempunyai anak. Sumber: BeautifulNara
|
ketambangkang: aritu aku komen pasal ni kat satu page di fb, aku kata dh tau weekend & confirm org ramai guna la carrier je..pastu mak2 terpaling hebat kondem aku ka ...
ketambangkang replied at 23-8-2022 03:03 PM
aritu aku komen pasal ni kat satu page di fb, aku kata dh tau weekend & confirm org ramai guna la ca ...
Cpkay replied at 23-8-2022 03:40 PM
iolss anak 4 ..kalau gi klcc takkan naik lift yg open view ni.. ada 3 lagi lif boleh pakai dan tak r ...
ADVERTISEMENT