CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tragedi Berdarah Isteri 'Patah Riuk', Dari Mana Muncul Bearing Lori?

24-8-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2464| Komen: 10

Description: Malang nasib seorang wanita cedera di muka selain patah tulang bahu apabila berlaku kejadian tidak disangka ketika melalui kawasan Ladang Bikam, Perak, pada 7 Julai lalu.
Malang nasib seorang wanita cedera di muka selain patah tulang bahu apabila berlaku kejadian tidak disangka ketika melalui kawasan Ladang Bikam, Perak, pada 7 Julai lalu.


Bercerita kepada mStar, suaminya, Mohd Azuardi Mohd Radzi berkata, kejadian itu menyebabkan Siti Izza Nurul Azura Zakaria, 37, turut mengalami kecederaan pada rusuk kanan.

“Saya, isteri dan adik ipar bertolak dari rumah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada jam 10 malam. Kami melalui Plus arah utara untuk ke Ipoh, Perak.


TikTok Azuardi Radzi @83store


“Keadaan jalan malam tu okay saja langsung tak sesak. Pukul 11.35 malam kami dah sampai di kawasan berhampiran hentian sebelah Ladang Bikam. Tiba-tiba cermin bahagian hadapan kereta pecah. Bunyinya seolah-olah macam satu letupan.


“Saya terus perlahankan kenderaan dan berhenti di lorong kecemasan dan dapati cermin depan kereta telah pecah. Saya panggil isteri tetapi tiada respons. Bila saya selak tudung dia saya dapati muka isteri penuh dengan darah,” jelasnya yang senang disapa Adi.

Tanpa berlengah lagi, Adi yang cemas melihat keadaan isteri meneruskan perjalanan untuk mencari hospital berdekatan.

Ketika dalam perjalanan, dia sempat menghubungi Pusat Kawalan Trafik Plus untuk mendapatkan maklumat mengenai pusat rawatan terdekat.

Enggan mendapatkan bantuan ambulans kerana bimbang lewat, Adi meneruskan perjalanan ke Hospital Tapah, Perak.

“Sebelum sampai ke hospital, isteri saya sedar dan mengerang kesakitan. Dia capai beg dan cari pam inhaler asma. Mungkin terkena serangan asma. Adik ipar saya di belakang bantu menahan pendarahan di muka isteri dengan tisu.

“Isteri juga beritahu dia sakit di bahagian belakang dan bahu kanan. Ketika sampai di hospital, dia terus dimasukkan ke unit kecemasan. Doktor sahkan dia patah tulang bahu kanan dan rusuk kanan. Luka di bahagian muka tidak dijahit sebab kecederaan tak serius.

“Malam kejadian tu saya cari semula objek yang menyebabkan pecah cermin kereta sementara tunggu isteri dapatkan rawatan. Tapi tetap tak jumpa juga.

"Saya terus ke Balai Polis Trafik Tapah pada pagi 8 Julai 2022. Pihak polis ambil keterangan saya dan pegawai penyiasat yang jumpa objek tu dalam kereta,” jelasnya lagi.

Jelas Adi yang merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah syarikat, objek tersebut merupakan ‘center bearing’ dipercayai dari sebuah lori.



Setelah mendapatkan rawatan di hospital selama dua hari, Izza dibenarkan pulang dengan keaadan muka berparut dan bengkak pada bahagian pipi kanan.

Menurut Adi yang sudah berumah tangga lebih 13 tahun, setelah membuat pemeriksaan susulan di KPJ Ipoh, isterinya diminta untuk melakukan pembedahan memasukkan plat besi pada bahagian tulang bahu yang patah pada 10 Julai 2022.

“Selepas dapat kelulusan insurans, pembedahan ke atas isteri dapat dijalankan. Saya bersyukur pembedahan selama tiga jam berjalan lancar dan dia boleh balik dua hari kemudian.

“Sekarang tangan kanan masih tak boleh pegang, angkat atau bergerak. Bengkak di dada, muka dan tangan pun masih ada hingga hari ni. Masa pergi dapatkan rawatan susulan 20 Ogos lalu, doktor belum benarkan dia buka anduh dan minta dia jangan banyak bergerak.

“Mengenai kemalangan tu, polis pun tak ada penjelasan sebab bila rujuk dashcam (kamera papan pemuka) bukti video dah tak ada sebab tak cukup memori. Polis beritahu kalau kamera dapat rakam kejadian, boleh cari pemandu lori menggunakan nombor plat,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Adi, berdasarkan apa yang diingatinya, dia tidak melihat atau sedar jika terdapat sebuah lori di hadapannya pada masa kejadian kerana insiden berlaku begitu pantas.



Perkongsian video mengenai kemalangan ini mendapat perhatian warga maya yang rata-rata menceritakan pengalaman hampir sama terjadi kepada mereka.

Bagaimanapun, tegas Adi, tujuannya berkongsi video tersebut hanyalah untuk tatapan umum agar lebih berwaspada ketika memandu di jalan raya dan tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 24-8-2022 12:24 PM
Samada terpelanting dari lori atau budak2 nakal campak dari atas jambatan - kataku menuduh lagi
Quote prettyuglybabe 24-8-2022 12:39 PM
kalau kes macam ni boleh claim dengan plus kan?
sebab berlaku dalam kawasan plus..
takut benda tu terbang dari lori kat lorong sebelah..
tapi kalau betul perbuatan khianat, semoga pelaku-pelaku mampus digelek lori..
Quote afie_m 24-8-2022 12:47 PM
kesiannya... semoga cepat sihat..kalau perbuatan dr perbuatan khianat, harap dapat di tangkap
Quote she 24-8-2022 12:52 PM
prettyuglybabe replied at 24-8-2022 12:39 PM
kalau kes macam ni boleh claim dengan plus kan?
sebab berlaku dalam kawasan plus..
takut benda tu te ...

Boleh boleh
Sepanjang perjalanan atas highway
Kalau kaya boleh saman sekali
Tapi tulah sakit tu yang tak menahan
Quote babelina 24-8-2022 02:25 PM
Allahuakhbar.. takutnya dgr kejadian mcmnie..
moga diberi kesembuhan dgn cepat dan moga dpt la petunjuk kejadian tu.. amin yra..
Quote babelina 24-8-2022 02:25 PM
Allahuakhbar.. takutnya dgr kejadian mcmnie..
moga diberi kesembuhan dgn cepat dan moga dpt la petunjuk kejadian tu.. amin yra..
Quote babelina 24-8-2022 02:25 PM
Allahuakhbar.. takutnya dgr kejadian mcmnie..
moga diberi kesembuhan dgn cepat dan moga dpt la petunjuk kejadian tu.. amin yra..
Quote kucingitam 24-8-2022 03:01 PM
possibly objek ni dicampak dr atas jambatan.. pasal beraing block ni berat.. takkan mudah2 terpelanting.
Quote noorhairiahma 24-8-2022 03:06 PM
prettyuglybabe replied at 24-8-2022 12:39 PM
kalau kes macam ni boleh claim dengan plus kan?
sebab berlaku dalam kawasan plus..
takut benda tu te ...

jangan mampus.

biar digelek lori, tapi hidup dalam kecacatan. baru dia tahu erti penyesalan.
Quote _blackbird 24-8-2022 04:55 PM
kucingitam replied at 24-8-2022 07:01 AM
possibly objek ni dicampak dr atas jambatan.. pasal beraing block ni berat.. takkan mudah2 terpelant ...

kalau mmg lori dlm keadaan moving ada masa kejadian mmg tak mustahil boleh terpelanting, bearing ni kat bahagian drive shaft. tayar lori pon boleh terpelanting dengan rim besi tu apa sgt stakat bearing. tapi since heshe pon kata dia tak perasan ada lori tu yg musykil dari mana datang nya.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.128272 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top