|
Ako Mustapha meluahkan rasa bangga dalam muatnaik terkininya di akaun Instagram, apabila mendapati filem Eva yang dibintanginya berjaya tercalon dalam top tiga bagi anugerah Festival Filem Cannes 2022 untuk kategori thriller dan suspen.
Menerusi muat naik yang dikongsikan di media sosial, aktor ini mendedahkan bahawa pertama kali dalam kerjaya seninya sebagai pelakon berlakon dalam filem sehingga tercalon dalam senarai Festival Filem Cannes. “Pertama kali saya berlakon dalam filem sampai masuk Festival Filem Cannes,” tulisnya. Melihat dari entri yang dicoret Ako, dia meluahkan rasa bangga dengan semua yang terlibat dalam menjayakan filem Eva meski dirinya hanya membawa watak yang kecil dalam filem arahan pengarah Suhaiza Aziz itu.
|
Mooverine replied at 23-8-2022 02:56 PM
Cannes World Film Festival ni tak sama kan, dgn Cannes Film Festival?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.167740 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.