Ramai kagum dengan kebolehan seorang pekerja pembersihan yang fasih bertutur dalam bahasa Jepun ketika sedang bertugas di Masjid Negara.
Bukan sahaja boleh berbual dengan rancak bersama beberapa delegasi dari Jepun, malah pertuturannya dalam bahasa Inggeris membuatkan latar belakangnya menjadi tanda tanya. Siapakah gerangan 'makcik cleaner' yang boleh bercakap bahasa Jepun ini? Menerusi perbualan secara eksklusif dengan mStar, wanita bernama Nirmaningsih Mawi itu sudi berkongsi cerita di sebalik video yang tular berkenaan.
Siapa sangka di sebalik gaya dan penampilannya yang biasa-biasa, wanita ini sebenarnya berpengalaman dalam bidang pelancongan selama lebih tiga dekad. "Sekarang ni memang saya kerja cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu. "Tapi dulu saya berpengalaman sebagai pemandu pelancong selama 31 tahun. Saya bawa pelancong-pelancong asing ke seluruh Malaysia. "Memang saya cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu," kata Nirmaningsih ketika dihubungi mStar. Bercerita lanjut, wanita berusia 58 tahun itu berkata, dia mengikuti kursus Dasar Pandang ke Timur pada 1992, di bawah Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM). "Saya mengikuti kursus selama enam bulan di Tokyo, Jepun dan sebelum itu saya belajar bahasa Jepun. "Di sana, saya bekerja sebagai pemandu pelancong sambil menjalani latihan termasuk belajar mengenai etika kerja dan budaya mereka," katanya yang menetap di Batu Caves, Selangor. Mengenai video tular yang dikongsikan seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri menunjukkan dia berbual mesra dengan delegasi Jepun di Masjid Negara, Nirmaningsih berkata, ia berlaku secara spontan dan bukan dirancang. Loading FB Post... "Ada pensyarah UKM bawa orang Jepun ke sini. Saya bercakap dengan mereka secara spontan, sembang pun kasual saja," ujarnya. Menurut wanita itu lagi, ketika usia mudanya dia juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Jepun di sebuah kolej di Nilai, Negeri Sembilan. Selain bahasa Jepun, Nirmaningsih juga boleh bertutur dalam bahasa Jerman dan ia memberi kelebihan kepadanya yang sering bertemu dengan pelancong. Namun, dia mengakui pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada 2020 memberi impak besar kepada industri pelancongan termasuk pekerjaannya sebagai pemandu pelancong. "Memang terjejas. Sekarang ni baru mula aktif semula bawa pelancong ke sana sini. Saya juga kerja (pembersihan) di masjid sebab Covid-19 masih belum reda. "Selain kerja sampingan untuk tampung perbelanjaan, saya juga cari pengalaman," kata Nirmaningsih mengakhiri perbualan. Sumber: mStar
|
annehuda replied at 23-8-2022 11:02 AM
keje makcik cleaner confirm dah B40. see tak semua B40 tu seteruk yang disangkakan. given opportuni ...
ninja boy replied at 23-8-2022 11:05 AM
Kesian tgk org Malaysia ramai pandai2, yg bernasib baik terlepas kerja oversea brain drain, Malaysia ...
supernaturalee replied at 23-8-2022 10:59 AM
background die bkn biasa2
mmg ade formal education bahasa
pnh jd pensyarah bahasa lagi
makita replied at 23-8-2022 08:12 PM
Mesjid area umah meols tiap pagi jumaat akan ada jemaah yg akan bersihkan mesjid. Semua tu mcik n ...
ADVERTISEMENT