CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2935|Reply: 29

Power Makcik Cleaner Masjid Negara Ni! Banyak Bahasa Dia 'Tapau'

[Copy link]
Post time 23-8-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Ramai kagum dengan kebolehan seorang pekerja pembersihan yang fasih bertutur dalam bahasa Jepun ketika sedang bertugas di Masjid Negara.


Bukan sahaja boleh berbual dengan rancak bersama beberapa delegasi dari Jepun, malah pertuturannya dalam bahasa Inggeris membuatkan latar belakangnya menjadi tanda tanya.


Siapakah gerangan 'makcik cleaner' yang boleh bercakap bahasa Jepun ini?








Menerusi perbualan secara eksklusif dengan mStar, wanita bernama Nirmaningsih Mawi itu sudi berkongsi cerita di sebalik video yang tular berkenaan.


Siapa sangka di sebalik gaya dan penampilannya yang biasa-biasa, wanita ini sebenarnya berpengalaman dalam bidang pelancongan selama lebih tiga dekad.


"Sekarang ni memang saya kerja cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu.


"Tapi dulu saya berpengalaman sebagai pemandu pelancong selama 31 tahun. Saya bawa pelancong-pelancong asing ke seluruh Malaysia.


"Memang saya cuci masjid. Itu kerja sampingan saya sejak enam bulan lalu," kata Nirmaningsih ketika dihubungi mStar.


Bercerita lanjut, wanita berusia 58 tahun itu berkata, dia mengikuti kursus Dasar Pandang ke Timur pada 1992, di bawah Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM).


"Saya mengikuti kursus selama enam bulan di Tokyo, Jepun dan sebelum itu saya belajar bahasa Jepun.


"Di sana, saya bekerja sebagai pemandu pelancong sambil menjalani latihan termasuk belajar mengenai etika kerja dan budaya mereka," katanya yang menetap di Batu Caves, Selangor.


Mengenai video tular yang dikongsikan seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Hanafi Ahmad Damanhuri menunjukkan dia berbual mesra dengan delegasi Jepun di Masjid Negara, Nirmaningsih berkata, ia berlaku secara spontan dan bukan dirancang.










"Ada pensyarah UKM bawa orang Jepun ke sini. Saya bercakap dengan mereka secara spontan, sembang pun kasual saja," ujarnya.


Menurut wanita itu lagi, ketika usia mudanya dia juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Jepun di sebuah kolej di Nilai, Negeri Sembilan.


Selain bahasa Jepun, Nirmaningsih juga boleh bertutur dalam bahasa Jerman dan ia memberi kelebihan kepadanya yang sering bertemu dengan pelancong.


Namun, dia mengakui pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada 2020 memberi impak besar kepada industri pelancongan termasuk pekerjaannya sebagai pemandu pelancong.


"Memang terjejas. Sekarang ni baru mula aktif semula bawa pelancong ke sana sini. Saya juga kerja (pembersihan) di masjid sebab Covid-19 masih belum reda.


"Selain kerja sampingan untuk tampung perbelanjaan, saya juga cari pengalaman," kata Nirmaningsih mengakhiri perbualan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 10:55 AM | Show all posts
Impressive! Best nya kalau boleh communicate in many languages. Rasa bijak je....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 10:58 AM | Show all posts
Tak rugi pandai macam2 bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 10:59 AM | Show all posts
background die bkn biasa2
mmg ade formal education bahasa
pnh jd pensyarah bahasa lagi

tp relax je part time cleaner

bosan2 xde buat ape
why not kan
ade la jgk duit masuk

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 11:02 AM | Show all posts
keje makcik cleaner confirm dah B40. see tak semua B40 tu seteruk yang disangkakan.  given opportunities bleh je maju
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk org Malaysia ramai pandai2, yg bernasib baik terlepas kerja oversea brain drain, Malaysia hanya utk kerja kelas bawahan bangla nepal jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2022 11:09 AM | Show all posts
annehuda replied at 23-8-2022 11:02 AM
keje makcik cleaner confirm dah B40. see tak semua B40 tu seteruk yang disangkakan.  given opportuni ...

rasanya makcik ni bukan B40,tapi T20, dia jenis suka bekerja,cleaner pun sambilan je,dari segi pemikiran beliau bukan B40, dari segi pendapatan dan harta pun bukan B40,cuma penampilan B40,
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 12:20 PM | Show all posts
makcik ni bukan besha2.. ko boleh tgk dari gaya dia.. cara dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat makcik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 23-8-2022 11:05 AM
Kesian tgk org Malaysia ramai pandai2, yg bernasib baik terlepas kerja oversea brain drain, Malaysia ...

jangan bising la..Msia orang yg pemalas-Bapak Kapitalis
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 12:29 PM | Show all posts
jangan pandang org sebelah mataaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 12:30 PM | Show all posts

Tak rugi pandai macam2 bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 12:30 PM | Show all posts
Akak lebih kagum dengan orang yang fasih bahasa daripada menjual produk timbang kilo dan acah2 terpaling seperti akak KRT.

fasih di sini betul2 fasih ya, bukan acah2 greeting sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terer makcik..moga hidup makcik berkat dan dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 03:25 PM | Show all posts
ktenye bekas prof...layanjelah....rugilah pengalaman byk sape x amik dia keje elok skit
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
beshnya..dulu amik bhs jepun kt u dpt c+..
bhs jepun ni ssh kot kn rasanya..xsuka tgk cite jepun..sora dorg menganggu..kasar gituuu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 03:42 PM | Show all posts
Edited by cutieslilies at 23-8-2022 03:44 PM

dah 58 tahun pun masih mencari pengalaman... ilmu x pernah surut..hebat makcik ni...

ni bukan kaleng2... dia buat ni semua utk isi masa lapang..apa lagi nak dikejarkan dalam hidup ni.. lagi2 dia dah pergi jd pemandu pelancong silap2 satu dunia dah...

rest jaa.. untung dia boleh bekerja chill2 dan beribadah di rumah Allah...

seronok pulak dengar... best jugak jd acik gardener ke..tukang sapu sampah bila hujung2 usia ni tapi duit kepok2 dlm bank..


alamak...tapi bank pun skrg x leh harap..semoga duit acik selamatlaa dalam simpanan xkire dimana jua berada...

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
td dengar kat radio makcik ni pensyarah taraf profesor.. kalau x salah dengarlah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-8-2022 10:59 AM
background die bkn biasa2
mmg ade formal education bahasa
pnh jd pensyarah bahasa lagi

Mesjid area umah meols tiap pagi jumaat akan ada jemaah yg akan bersihkan mesjid. Semua tu mcik n pcik pencen...doc ...lecturer suma. Meols bayangkam dorg bersihkan taman syurga. Makcik ni meols rasa mcm ni gak la kot sukarela.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 23-8-2022 08:12 PM
Mesjid area umah meols tiap pagi jumaat akan ada jemaah yg akan bersihkan mesjid. Semua tu mcik n  ...

Alhamdulillah
Bagus2


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.109069 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list