Usaha untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan gagal mencapai persetujuan ramai.
Memetik laporan Astro Awani, perkara itu didedahkan oleh sumber dalaman parti itu ketika mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Isnin. Jelas sumber itu, kebanyakan ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama parti berkenaan. "Kami (ketua bahagian UMNO) dapat jemputan untuk hadir mesyuarat tergempar ini malam tadi dan di sebelah pagi 54 orang sahaja yang datang.
"Tetapi ada ugutan jika tidak datang ke mesyuarat tergempar ini maka tidak akan menerima watikah untuk bertanding dalam PRU15, maka datanglah lagi 20 orang ketua bahagian. "Pengerusi perhubungan juga dipaksa datang ke pertemuan tersebut. Dalam pertemuan itu dinyatakan untuk desak PM campur tangan kes mahkamah tetapi ramai yang tidak bersetuju. "Ramai juga ketua bahagian yang menentang cadangan tersebut kerana ia merupakan salah guna kuasa dan akan memberi kesan kepada UMNO jika dilihat campur tangan dalam kes mahkamah," kata sumber berkenaan. Sumber tersebut juga memaklumkan, ada yang berpendapat sekiranya Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah ia boleh menyebabkan UMNO sekali lagi tewas dalam PRU15. Media pada Isnin turut melaporkan mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden tengah dikatakan bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masuk campur dalam kes mahkamah. Menurut sumber, perjumpaan tersebut bermula dengan desakan agar Ismail Sabri mengarahkan kehakiman menangguhkan kes Najib selama tiga bulan. Sementara itu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ketua-ketua bahagian parti itu hanya membincangkan isu semasa. Difahamkan, mesyuarat tergempar itu ditangguhkan seketika dan akan bersambung petang nanti. Sumber: Sinar Harian
|
airfilterkotor replied at 22-8-2022 08:03 PM
Ingat Mael kesah?
Tengah ngunyah Super Ring tu.
pu3_rania replied at 22-8-2022 09:51 PM
Sekarang ni tengah melayan dokumentari kisah perjalanan hidup Tok Mail di TV3
Sedang di siarkan di ...
renko replied at 22-8-2022 09:57 PM
Tiba2 ade dokumentari sal PM, petanda apa ni
renko replied at 22-8-2022 09:57 PM
Tiba2 ade dokumentari sal PM, petanda apa ni
pu3_rania replied at 22-8-2022 10:01 PM
Aku pun baru tahu pasal dokumentari ni petang tadi
Ni tengah tercongok depan tv dari start pukul 9 ...
renko replied at 22-8-2022 10:09 PM
Ptut dr kol9 tadi tah apa2 iklan dorang tayang
Iklan sekolah khas pun ada
Tak pernah nampak
pu3_rania replied at 22-8-2022 09:51 PM
Sekarang ni tengah melayan dokumentari kisah perjalanan hidup Tok Mail di TV3
Sedang di siarkan di ...
rashiman replied at 22-8-2022 10:00 PM
Petanda telah setahun sebagai PM
21/8/2021 - 21/08/2022
pu3_rania replied at 22-8-2022 10:01 PM
Aku pun baru tahu pasal dokumentari ni petang tadi
Ni tengah tercongok depan tv dari start pukul 9 ...
ADVERTISEMENT