View: 1821|Reply: 26
|
Ramai Tentang Desakan PM Campur Tangan Kes Najib
[Copy link]
|
|
Usaha untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya campur tangan dalam kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan gagal mencapai persetujuan ramai.
Memetik laporan Astro Awani, perkara itu didedahkan oleh sumber dalaman parti itu ketika mesyuarat tergempar melibatkan ketua-ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Isnin.
Jelas sumber itu, kebanyakan ketua bahagian yang hadir mesyuarat tersebut tidak bersetuju dengan arahan yang dikeluarkan pemimpin utama parti berkenaan.
"Kami (ketua bahagian UMNO) dapat jemputan untuk hadir mesyuarat tergempar ini malam tadi dan di sebelah pagi 54 orang sahaja yang datang.
"Tetapi ada ugutan jika tidak datang ke mesyuarat tergempar ini maka tidak akan menerima watikah untuk bertanding dalam PRU15, maka datanglah lagi 20 orang ketua bahagian.
"engerusi perhubungan juga dipaksa datang ke pertemuan tersebut. Dalam pertemuan itu dinyatakan untuk desak PM campur tangan kes mahkamah tetapi ramai yang tidak bersetuju.
"Ramai juga ketua bahagian yang menentang cadangan tersebut kerana ia merupakan salah guna kuasa dan akan memberi kesan kepada UMNO jika dilihat campur tangan dalam kes mahkamah," kata sumber berkenaan.
Sumber tersebut juga memaklumkan, ada yang berpendapat sekiranya Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah ia boleh menyebabkan UMNO sekali lagi tewas dalam PRU15.
Media pada Isnin turut melaporkan mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian bersama Presiden tengah dikatakan bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masuk campur dalam kes mahkamah.
Menurut sumber, perjumpaan tersebut bermula dengan desakan agar Ismail Sabri mengarahkan kehakiman menangguhkan kes Najib selama tiga bulan.
Sementara itu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan, pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama ketua-ketua bahagian parti itu hanya membincangkan isu semasa.
Difahamkan, mesyuarat tergempar itu ditangguhkan seketika dan akan bersambung petang nanti.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat Mael kesah?
Tengah ngunyah Super Ring tu.
Paling tidak pun dia akan cakap.... dah jadik kes mahkamah, bior mahkamah putuskan. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 22-8-2022 08:03 PM
Ingat Mael kesah?
Tengah ngunyah Super Ring tu.
Sekarang ni tengah melayan dokumentari kisah perjalanan hidup Tok Mail di TV3
Sedang di siarkan di TV1 juga |
|
|
|
|
|
|
|
I sokong pakcik mael kalau pakcik mael benarkan judiciary bebas buat keputusan..selembik2 dia, dia tak ikut permintaan penjenayah 2 org tu... |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 22-8-2022 09:51 PM
Sekarang ni tengah melayan dokumentari kisah perjalanan hidup Tok Mail di TV3
Sedang di siarkan di ...
Tiba2 ade dokumentari sal PM, petanda apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 22-8-2022 09:57 PM
Tiba2 ade dokumentari sal PM, petanda apa ni
Petanda telah setahun sebagai PM
21/8/2021 - 21/08/2022 |
|
|
|
|
|
|
|
Wak jahid ni bila pulak nak masuk ke dalam ? Dia ni x sedar ke mostly org benci kan dia n dia xde penyokong ? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pu3_rania at 22-8-2022 10:09 PM
renko replied at 22-8-2022 09:57 PM
Tiba2 ade dokumentari sal PM, petanda apa ni
Aku pun baru tahu pasal dokumentari ni petang tadi
Ni tengah tercongok depan tv dari start pukul 9.30pm
Aku nak sangat nonton kisah semasa di zaman kanak2 dia
Bukan itu saja nak nonton kisah zaman dia di uni iaitu UM seuniversiti dengan parents aku walaupun berlainan course dan tak sama batch
Tadi ada mentioned dokumentari ni sempena 360 hari Tok Mail sebagai PM |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 22-8-2022 10:01 PM
Aku pun baru tahu pasal dokumentari ni petang tadi
Ni tengah tercongok depan tv dari start pukul 9 ...
Ptut dr kol9 tadi tah apa2 iklan dorang tayang
Iklan sekolah khas pun ada
Tak pernah nampak
Ingat ada majalah 3 |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 22-8-2022 10:09 PM
Ptut dr kol9 tadi tah apa2 iklan dorang tayang
Iklan sekolah khas pun ada
Tak pernah nampak
Itu lar pasal kan
Aku dok pi tukar channel dari TV3 ke TV1 takut terlepas permulaan tapi rupa-rupanya siaran tertunda sehingga 9.30pm |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 22-8-2022 10:13 PM
Pulak dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya Dajjal dalam Ameno |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan aritu si Asyraf ni jugak ke.... yg beriya² sibuk pasal ketidakadilan penghakiman dlm kes Najib.
Sekarang dia punya bunyi dah konar pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 22-8-2022 09:51 PM
Sekarang ni tengah melayan dokumentari kisah perjalanan hidup Tok Mail di TV3
Sedang di siarkan di ...
Petanda Mael memang tak kesah perihal Najib. |
|
|
|
|
|
|
|
ko setuju tak Umngok campurtangan kes mahkamah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap dlm minggu nie cukup 100 hari pentadbiran pak mail, tue yg sibuk sana sini cerita apa dia dah buat...
Cuma yg 'menarik' kali nie betul² highlight pak mail jer dan kurang highlight parti umno dan lain². Nampak pak mail tgh bina 'branding' dia utk kekal next PM. |
|
|
|
|
|
|
|
pu3_rania replied at 22-8-2022 10:01 PM
Aku pun baru tahu pasal dokumentari ni petang tadi
Ni tengah tercongok depan tv dari start pukul 9 ...
Tok mael ni sekampung ngn arwah abah iols. Kat temerloh tu laah.Tp dia muda la skit drpd abah iol
Iols rasa dia sebaya ngn mak cik iols.
Masa sekolah saling kenal dan penah main sama2 lah.
Masa Nina kawen pun dia ada wat juga kenduri kat temerloh tu rasanya mak dia hidup lagi.
Sbb tu raya dia masih balik kg temerloh tu dan buat open house pun seminggu lepas raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mael pun blh fikir klau termakan hasutan umngok utk tangguh kes jibun 3 bln lagi pastu nxt week wak jahit tekan mael suh bubar parlimen....
Once terbubar parlimen wak jahit as presiden take over umngok balik x calonkan mael utk bertanding, jibun pun dia x calonkan sbb blh jd duri dlm daging begitu jg bbrp mp umngok yg join kabinet skrg habis dihalaunya.
Klau beend menang 2/3 kerusi wak jahit declare dia as a pm & ahli2 umngok yg x sebulu dgn dia akan dipecat. 5 tahun lg la korang mengadap wak jahit sbg piem 10 |
|
|
|
|
|
|
| |
|