CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puri Pun Dah Tak Mampu Dinikmati

22-8-2022 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4584| Komen: 41

Peningkatan harga barangan keperluan asas di Pakistan menyebabkan penduduk negara itu terpaksa melupakan hasrat untuk menikmati hidangan kegemaran ramai, puri, lapor laman berita India Today semalam.


Puri sabzi atau puri halwa menjadi makanan jalanan kegemaran penduduk Pakistan di mana mereka boleh menikmatinya pada bila-bila masa.


Gambar hiasan

Namun, berikutan peningkatan harga komoditi asas dan lonjakan inflasi, populariti hidangan tersebut kini merudum.

Menurut seorang pengurus gerai jalanan, Mohammad Javed Abbasi, kadar inflasi yang tinggi membuatkan perniagaannya berbeza berbanding sebelum ini.


“Bilangan pelanggan kami berkurang. Jumlah orang yang menikmati halwa puri juga semakin sedikit,” katanya.

Lonjakan harga barangan keperluan asas menyebabkan peningkatan kos kepada pembuat puri kerana ia mempengaruhi harga tepung, minyak masak dan tenaga elektrik.

Menurut Biro Statistik Pakistan, inflasi harga pengguna tahunan negara mencecah 24.9 peratus pada Julai lalu, kadar tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

Laporan tersebut turut menyebut beberapa bahan mengalami lonjakan harga seperti tomato (20.28 peratus), ayam (7.57 peratus), bawang (2.3 peratus), susu tepung (2.03 peratus), telur (1.63 peratus), kacang dal (1.42 peratus) dan ubi kentang (1.07 peratus). 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 22-8-2022 10:11 PM
mudah ja buat puri ni. gaul, uli, gelek nipis, goreng. siaappp~

aku bila ramai tetamu datang, suka la buat puri ni. buat 500g, dapat banyak gilaaa
Quote Kiyah 23-8-2022 06:44 AM
Adrif: mudah ja buat puri ni. gaul, u ...

Share resepi boleh?guna tepung apa Tu?
Quote kitmal 23-8-2022 07:23 AM
kalau kat malaysia ,,
,Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT” – Fathul Bari
Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula” – Hasan Malek
Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan” – Hasan Malek

tunggu kat sana apa menteri yang bijak sana buat kenyataan..adakah sebijak menteri menteri malaysia
Quote sangbara2020 23-8-2022 07:45 AM
kat msia wpon harga brgan naik...tiket2 konsert sold out nkoo...
rela ikat perut semata2 nak terkinja2
Quote AznieBunnie 23-8-2022 07:53 AM
Kiyah replied at 23-8-2022 06:44 AM
Share resepi boleh?guna tepung apa Tu?

tengok kat gugel 4 bahan ja..

1 cawan tepung gandum
1 sudu garam
1 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

menarik dan mudah.
tapi part nak goreng minyak banyak tu macam off sikit...
Quote Minami2013 23-8-2022 07:58 AM
Puri mmg sedap. Especially kalo ada kari ke, sambal sardin ke atau sambal tumis ikan bilis.

Kesiannya, puri ni kira guna bahan2 murah je nak buat tp still tak mampu. 2023 mungkin akan jadi lebih teruk kadar inflasi.
Quote ninja boy 23-8-2022 08:07 AM
Kalau malas uli buat lempeng cepat siap cicah sardin or kari, kalau mau 3 in one tambah milo or susu or curry or pisang or nanas or or udang or sayur or apa2 saja dlm petiais
Quote rospinki 23-8-2022 08:20 AM
Breki puri dgn kari kamben
1 cwn tepong
Gula 1 sdk
Garam secupit
Air suam
Yis ½ sdk
Minyak masak
Uli doh tu keras skit
Dpt 6 pcs besar / 12 kecil
Goreng
Quote chandrahusin 23-8-2022 08:33 AM
ninja boy replied at 23-8-2022 08:07 AM
Kalau malas uli buat lempeng cepat siap cicah sardin or kari, kalau mau 3 in one tambah milo or susu ...

Anak aku mmg makan lempeng cicah milo
Klu aku makan lempeng cicah sambal/gulai/kari perangat 2 3 hari
Fuh! Marvellous
Quote makton 23-8-2022 09:21 AM
sedapnya puri.. makan dgn sambal sardin
Quote pembacagosip 23-8-2022 10:35 AM
sedap puri makan panas2
Quote Cpkay 23-8-2022 11:02 AM
puri ni makanan yang paling murah kot.. sian lah kat depa ni yang masih tak mampu
Quote Artemesiaa 23-8-2022 11:24 AM
Bekalan gandum susah buat mereka dapat mana tak harga jadi tinggi.  Sebab tu kalau sorang gaduh yang tak ada kena mengena jangan sibuk nak ikut support bergaduh sama.  Kan ke sendiri dan rakyat sendiri juga yang susah.
Quote Skuau 23-8-2022 11:39 AM
sangbara2020 replied at 23-8-2022 07:45 AM
kat msia wpon harga brgan naik...tiket2 konsert sold out nkoo...
rela ikat perut semata2 nak terkinj ...

bukan selalu pon nk terkinja kinja tu..tah2..sekali seumur idup...makan...bila2 masa boleh...x boleh make mahal...megi,roti 0,roti gardenia ada...
Quote fortiori13 23-8-2022 09:46 PM
Adrif: mudah ja buat puri ni. gaul, u ...[/quot[quote]Adrif: mudah ja buat puri ni. gaul, u ...


Tak susah sebenarnya nak buatnya ya, sikit je bahannya. Puri tu ko makan ngn apa? Kalo kat mamak, dorang bagi kuah kentang tu, sedap...
Quote Adrif 24-8-2022 12:17 AM
Kiyah replied at 23-8-2022 06:44 AM
Share resepi boleh?guna tepung apa Tu?

boleh refer video ni

I dulu pun main google je resepi, pastu terus buat. terus jadi sebab senang

tepung biasa ja. pernah try tepung cap bunga ros tu. pernah try tepung cap sauh tu. ok jaa mana2 tepung gandum

[youtube]GjXVsTONxaQ[/youtube]
Quote KIM.K 24-8-2022 12:20 AM
Puri pun takboleh masak sendiri pergi mati
Quote Adrif 24-8-2022 12:22 AM
fortiori13 replied at 23-8-2022 09:46 PM
Tak susah sebenarnya nak buatnya ya, sikit je bahannya. Puri tu ko makan ngn apa? Kalo kat mamak,  ...

iya, mudah dan rileks sebenarnya

uli tu je lah guna kudrat sikit. tapi lepas tu, bulatkan jadi bola kecik, biar dia peram 15 minit. sempat la duduk kejap time tu

pastu, sebelum goreng, uli leper. time goreng, yang penting, mandikan roti tu. minyak kena banyak. jirus-jirus roti tu pakai sudip, baru dia kembang kembung pregnant dengan angin.

makan la dengan apa-apa yang ada.

ada hari cicah dengan kari kentang ja. ada hari sambal ikan bilis. kalau lepas gaji, duit belum terbang, makan dengan sambal sardin.

ada hari kalau tersilap agak tepung, penuh meja dengan roti bulat-bulat ni
Quote KIM.K 24-8-2022 12:22 AM
Artemesiaa replied at 23-8-2022 11:24 AM
Bekalan gandum susah buat mereka dapat mana tak harga jadi tinggi.  Sebab tu kalau sorang gaduh yang ...

Pakistan dah stop tanam gandum sebab bencana alam

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.131431 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top