Peningkatan harga barangan keperluan asas di Pakistan menyebabkan penduduk negara itu terpaksa melupakan hasrat untuk menikmati hidangan kegemaran ramai, puri, lapor laman berita India Today semalam.
Puri sabzi atau puri halwa menjadi makanan jalanan kegemaran penduduk Pakistan di mana mereka boleh menikmatinya pada bila-bila masa.
Gambar hiasan
Namun, berikutan peningkatan harga komoditi asas dan lonjakan inflasi, populariti hidangan tersebut kini merudum.
Menurut seorang pengurus gerai jalanan, Mohammad Javed Abbasi, kadar inflasi yang tinggi membuatkan perniagaannya berbeza berbanding sebelum ini.
“Bilangan pelanggan kami berkurang. Jumlah orang yang menikmati halwa puri juga semakin sedikit,” katanya.
Lonjakan harga barangan keperluan asas menyebabkan peningkatan kos kepada pembuat puri kerana ia mempengaruhi harga tepung, minyak masak dan tenaga elektrik.
Menurut Biro Statistik Pakistan, inflasi harga pengguna tahunan negara mencecah 24.9 peratus pada Julai lalu, kadar tertinggi dalam tempoh 14 tahun.
Laporan tersebut turut menyebut beberapa bahan mengalami lonjakan harga seperti tomato (20.28 peratus), ayam (7.57 peratus), bawang (2.3 peratus), susu tepung (2.03 peratus), telur (1.63 peratus), kacang dal (1.42 peratus) dan ubi kentang (1.07 peratus).
kalau kat malaysia ,,
,Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT” – Fathul Bari
Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula” – Hasan Malek
Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan” – Hasan Malek
tunggu kat sana apa menteri yang bijak sana buat kenyataan..adakah sebijak menteri menteri malaysia
Post time 23-8-2022 08:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau malas uli buat lempeng cepat siap cicah sardin or kari, kalau mau 3 in one tambah milo or susu or curry or pisang or nanas or or udang or sayur or apa2 saja dlm petiais
Post time 23-8-2022 08:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Breki puri dgn kari kamben
1 cwn tepong
Gula 1 sdk
Garam secupit
Air suam
Yis ½ sdk
Minyak masak
Uli doh tu keras skit
Dpt 6 pcs besar / 12 kecil
Goreng
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Bekalan gandum susah buat mereka dapat mana tak harga jadi tinggi. Sebab tu kalau sorang gaduh yang tak ada kena mengena jangan sibuk nak ikut support bergaduh sama. Kan ke sendiri dan rakyat sendiri juga yang susah.
uli tu je lah guna kudrat sikit. tapi lepas tu, bulatkan jadi bola kecik, biar dia peram 15 minit. sempat la duduk kejap time tu
pastu, sebelum goreng, uli leper. time goreng, yang penting, mandikan roti tu. minyak kena banyak. jirus-jirus roti tu pakai sudip, baru dia kembang kembung pregnant dengan angin.
makan la dengan apa-apa yang ada.
ada hari cicah dengan kari kentang ja. ada hari sambal ikan bilis. kalau lepas gaji, duit belum terbang, makan dengan sambal sardin.
ada hari kalau tersilap agak tepung, penuh meja dengan roti bulat-bulat ni