Seperti diketahui ramai, Bella Hadid merupakan model antarabangsa dari Belanda-Palestin yang aktif menyuarakan mengenai kebebasan Palestin.
Dia juga sering mengambil bahagian dalam projek kemanusiaan untuk menghentikan perang Israel-Palestin. Baru-baru ini, Bella Hadid berkata, dia sanggup kehilangan pekerjaannya sebagai model untuk meneruskan perjuangannya membela Palestin. Wanita berusia 25 tahun yang pernah bekerja dengan jenama fesyen utama di seluruh dunia itu berkata, dia menyedari dia ‘bukan di bumi ini untuk menjadi model’ semata-mata.
Menurut Intipseleb, Bella Hadid merupakan salah seorang penyokong paling lantang dalam memperjuangkan isu berkaitan dengan negara Palestin. Dia juga mendedahkan bahawa dia telah kehilangan banyak peluang untuk menjadi model kerana pandangannya terhadap apa yang terjadi di antara Israel dan Palestin, malah Bella juga sering kali dijauhi rakan-rakannya. Bella juga mendedahkan bahawa setelah perceraian ibu bapanya pada tahun 2000, dia mula berasa jauh dari negara Palestin.
|
ADVERTISEMENT