CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawan Baik Tangmo Nida Tipu Wang Orang Ramai Dengan Skim Cepat Kaya

22-8-2022 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1791| Komen: 7

Pelakon popular Thailand, Savika Chaiyadej antara 19 individu ditahan pada minggu lalu selepas disyaki menipu wang orang ramai menerusi skim cepat kaya.

Menerusi laporan Thaiger, Mahkamah Jenayah Thailand menolak ikat jamin terhadap Savika kerana khuatir suspek akan melarikan diri sekiranya dibebaskan untuk sementara waktu.


Thaiger

Savika yang merupakan rakan mendiang Tangmo Nida dituduh melakukan penipuan di bawah Akta Jenayah Komputer menerusi penglibatannya dalam skim cepat kaya sejak Januari 2020. 

Difahamkan, dia memujuk orang ramai untuk melabur wang dalam pertukaran mata wang asing melalui laman web forex-3d.com sebagai modus operandi.


Savika kemudian menyatakan mereka bakal mengaut keuntungan 60 hingga 80 peratus daripada pelaburan yang dibuat.

Walau bagaimanapun, individu yang melabur dengan skim cepat kaya itu tidak mendapat sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan. 

Menurut Jabatan Siasatan Khas (DSI), hampir 14,000 orang ditipu menerusi skim tersebut dengan anggaran jumlah pelaburan sebanyak 1.9 bilion baht (RM238,178,463).

Pada Oktober 2019, pihak DSI mula menyiasat skim penipuan itu selepas menerima aduan daripada pelabur-pelabur yang lain. 

Malah, beberapa selebriti terkenal di Thailand turut dipanggil untuk memberi keterangan bersama pengasas dan CEO Forex-3D, Apirak Kotthi.


Sumber: OHBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 22-8-2022 08:29 PM
lawa.................
Quote fahdramli 22-8-2022 08:30 PM
Muslim dia ni
Quote cloud_jade 22-8-2022 08:33 PM
Apoo pinky..takde job ke scam org
Quote sharlenetexas 22-8-2022 09:59 PM
Tulen ke?


Quote sambaldurian 22-8-2022 10:36 PM
Edited by sambaldurian at 22-8-2022 10:37 PM
fahdramli replied at 22-8-2022 08:30 PM
Muslim dia ni


Aah pinky savika ni muslim, aku rs keturunan india muslim versi thai ( klu sini anak mami la). Tp aku x minat la tgk dia. X salah aku dia kawin org kaya, cmne leh terjebak. Suami dia kot suh cari customer skim cpt kaya kot. Aku rs la.


Le aku google nama dia , dh cerai dh rupanya.
Quote azimodin 23-8-2022 12:17 AM
Pinky ni fofuler gak around early 2000, nuka sheouls ala2 hindustani. Cuma dia ni sejenis kejung2 jua.. owh, dia muslim ke? Sebab tau ada satu filem dia bawak watak muslim thai.
Quote kucingitam 23-8-2022 09:10 AM
masa kes tangmo tak pernah plak nampak dia..selalu yg dihighlight bff dia yang sorang tu ape tah namanya dgn pondan 2 org tu.. tiba ada kes gini terus teman baik katanya..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037115 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top