View: 1010|Reply: 7
|
Kawan Baik Tangmo Nida Tipu Wang Orang Ramai Dengan Skim Cepat Kaya
[Copy link]
|
|
Pelakon popular Thailand, Savika Chaiyadej antara 19 individu ditahan pada minggu lalu selepas disyaki menipu wang orang ramai menerusi skim cepat kaya.
Menerusi laporan Thaiger, Mahkamah Jenayah Thailand menolak ikat jamin terhadap Savika kerana khuatir suspek akan melarikan diri sekiranya dibebaskan untuk sementara waktu.
Thaiger
Savika yang merupakan rakan mendiang Tangmo Nida dituduh melakukan penipuan di bawah Akta Jenayah Komputer menerusi penglibatannya dalam skim cepat kaya sejak Januari 2020.
Difahamkan, dia memujuk orang ramai untuk melabur wang dalam pertukaran mata wang asing melalui laman web forex-3d.com sebagai modus operandi.
Savika kemudian menyatakan mereka bakal mengaut keuntungan 60 hingga 80 peratus daripada pelaburan yang dibuat.
Walau bagaimanapun, individu yang melabur dengan skim cepat kaya itu tidak mendapat sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.
Menurut Jabatan Siasatan Khas (DSI), hampir 14,000 orang ditipu menerusi skim tersebut dengan anggaran jumlah pelaburan sebanyak 1.9 bilion baht (RM238,178,463).
Pada Oktober 2019, pihak DSI mula menyiasat skim penipuan itu selepas menerima aduan daripada pelabur-pelabur yang lain.
Malah, beberapa selebriti terkenal di Thailand turut dipanggil untuk memberi keterangan bersama pengasas dan CEO Forex-3D, Apirak Kotthi.
Sumber: OHBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo pinky..takde job ke scam org |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sambaldurian at 22-8-2022 10:37 PM
fahdramli replied at 22-8-2022 08:30 PM
Muslim dia ni
Aah pinky savika ni muslim, aku rs keturunan india muslim versi thai ( klu sini anak mami la). Tp aku x minat la tgk dia. X salah aku dia kawin org kaya, cmne leh terjebak. Suami dia kot suh cari customer skim cpt kaya kot. Aku rs la.
Le aku google nama dia , dh cerai dh rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pinky ni fofuler gak around early 2000, nuka sheouls ala2 hindustani. Cuma dia ni sejenis kejung2 jua.. owh, dia muslim ke? Sebab tau ada satu filem dia bawak watak muslim thai. |
|
|
|
|
|
|
|
masa kes tangmo tak pernah plak nampak dia..selalu yg dihighlight bff dia yang sorang tu ape tah namanya dgn pondan 2 org tu.. tiba ada kes gini terus teman baik katanya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|