Penyanyi dangdut, Ifa Raziah, 47, membuat permohonan maaf secara eksklusif dalam program Terpaling Juara yang bersiaran di TV3, malam tadi.
Permohonan maaf itu dibuat selepas namanya terpalit dengan kontroversi ketika didakwa bergelek di satu majlis akikah, baru-baru ini. "Secara eksklusifnya, hari ini, saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tak kira di mana anda berada dan saya memaafkan juga orang-orang yang mengata saya. "Memang niat saya, nak buat permohonan maaf ketika berada di pentas, tapi tak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas pun, tak apa.
"Alhamdulillah, ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan saya berharap, benda ini tidaklah berpanjangan lagi," katanya kepada Harian Metro. Menurut Ifa, dia tidak didesak oleh mana-mana pihak termasuk keluarga, sebaliknya, ia ikhlas dari hatinya. "Semua atas hati saya sendiri. Saya datang hari ini, nak cari rezeki. Pada saya, maaf itu satu benda yang baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak ego atau apa. "Bila saya fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat," katanya. Ditanya mengenai pengajaran daripada situasi yang berlaku, Ifa berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti kerja seninya.
|
umbut replied at 22-8-2022 06:02 PM
X habis2... majlis dia gelek tu bukan majlis akikah masjlis anniversary.. akikah tu awal2 je.. 2 maj ...
ADVERTISEMENT