Beirut: Hanya kerana tidak menggugurkan kandungan, seorang wanita di Lubnan dipukul dan dibakar suaminya. Lebih menyayat hati, wanita terbabit, Hana Mohammed Khodor, 21, disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital, pada Rabu.
Hana meninggal dunia di Hospital Al Salam di utara Lubnan selepas 11 hari bertarung nyawa. Doktor hospital berkenaan berkata, Hana menerima rawatan sejak 6 Ogos lalu kerana melecur pada seluruh badan. Beliau berkata, anak yang dikandung Hana juga disahkan meninggal dunia dan sudah dikeluarkan menerusi pembedahan.
Doktor pada masa itu memaklumkan peluang Hana untuk pulih sangat tipis. Rakan keluarga mangsa, Abdul Rahman Haddad berkata, Hana meninggal dunia pada Rabu lalu, dan kematiannya disahkan oleh pegawai hospital. Beliau berkata, jenazah wanita itu sudah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian. Menurut laporan media tempatan, suami Hana memukulnya kerana dia enggan menuruti arahan untuk menggugurkan kandungan. Katanya, pasangan itu berasal dari keluarga miskin di pekan kecil di Tripoli dan tidak mampu menjaga bayi itu jika dilahirkan kelak. Ibu saudara mangsa berkata, mangsa enggan menuruti permintaan suaminya menyebabkan dia dibakar suaminya menggunakan silinder gas. Suami mangsa sudah ditahan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara. -CARI Sumber: Harian Metro
|
cmf_premierleag replied at 22-8-2022 08:16 AM
Gitu la perangai lelaki ereb pujaan acik2 kepam meleis berkerakkkkk
ADVERTISEMENT