CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1002|Reply: 10

Tak Nak Gugurkan Kandungan, Isteri Mati Dipukul Dan Dibakar Suami Sendiri

[Copy link]
Post time 22-8-2022 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Beirut: Hanya kerana tidak menggugurkan kandungan, seorang wanita di Lubnan dipukul dan dibakar suaminya.


Lebih menyayat hati, wanita terbabit, Hana Mohammed Khodor, 21, disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital, pada Rabu.


Hana meninggal dunia di Hospital Al Salam di utara Lubnan selepas 11 hari bertarung nyawa.


Foto: Agensi




Doktor hospital berkenaan berkata, Hana menerima rawatan sejak 6 Ogos lalu kerana melecur pada seluruh badan.


Beliau berkata, anak yang dikandung Hana juga disahkan meninggal dunia dan sudah dikeluarkan menerusi pembedahan.


Doktor pada masa itu memaklumkan peluang Hana untuk pulih sangat tipis.


Rakan keluarga mangsa, Abdul Rahman Haddad berkata, Hana meninggal dunia pada Rabu lalu, dan kematiannya disahkan oleh pegawai hospital.


Beliau berkata, jenazah wanita itu sudah dituntut keluarga untuk urusan pengebumian.


Menurut laporan media tempatan, suami Hana memukulnya kerana dia enggan menuruti arahan untuk menggugurkan kandungan.


Katanya, pasangan itu berasal dari keluarga miskin di pekan kecil di Tripoli dan tidak mampu menjaga bayi itu jika dilahirkan kelak.


Ibu saudara mangsa berkata, mangsa enggan menuruti permintaan suaminya menyebabkan dia dibakar suaminya menggunakan silinder gas.


Suami mangsa sudah ditahan Pasukan Keselamatan Dalam Negeri Lubnan ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki pun...dh tau tak mampu nk bela anak jgn la mengeseks...ko yg pancut dalam kot...eiii geram plak aku baca berita ni...wife skit punya lawa kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:15 PM | Show all posts
ada iras nurul shyuhada tv3 tu



Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la perangai lelaki ereb pujaan acik2 kepam meleis berkerakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tagune punye jantan. Patut ko letupkan diri ko dgn tong gas tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:43 PM | Show all posts
syaitonirrojim..
padehal sperma yg nak jadi budak tu punca drpd totey ko tu setan...

apepun, semoga bini and anak ko dah aman rohnya disana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2022 05:06 PM | Show all posts
nape ek laki belah sana tindakan diorg tu jenis tak pikir panjang
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama zalim dengan kes pukul bini mengandung kat seremban tu. Aku doakan pencil kontot dorang mereput slow2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-8-2022 08:16 AM
Gitu la perangai lelaki ereb pujaan acik2 kepam meleis berkerakkkkk

Ummah padang pasir rata2 barbaric. Yang helok sikit perangai, Yahudi tu ja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadoi mesti mak mertua dia menyesal tak gugurkan anak dia dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak dia meninggal. Drpd hidup tapi sengsara. Nak mikirkan anak yg sah2 meninggal.
Jantan tak guna tu, bagus ciknek dia yg kena bakar.
Dah tau misekin, galak nak lepas dlm. Ujung2 bini ko, ko salahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065175 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list