Nama Atiq Azman sering menjadi perhatian warganet terutamanya di kalangan peminat remaja dek wajah tampan dan bakatnya dalam dunia lakonan.
Terbaru, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu memuat naik perkongsian di Insta Stories mendedahkan dia bermimpi bahawa dirinya telah disihir. Bukan sekali, malaha dua kali dia didatangi bermimpi serupa. Menjelaskan keadaan ketika itu, Atiq mendedahkan dia juga ada membaca beberapa ayat suci Al-Quran. “Masa yang pertama tu, Atiq cuba lawan dalam mimpi tu dengan ayat-ayat yang buat ‘dia’ panas, lepastu tersedar nafas memang laju.
“Kemudian, Atiq saja tidur balik nak tengok siapa yang buat, muka dia samar-samar lepastu hilang dah. katanya. Musykil dengan perkara itu, pelakon berusia 22 tahun itu sempat bertanya kepada pengikutnya. Tambah Atiq, perkara tersebut merupakan pertama kali terjadi buat dirinya. Mainan tidur semata-mata atau petanda? Sumber: Xtra
|
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
الرُؤْيَا ثَلَاثَةٌ، فَرُؤْيَا صَالِحَة بُشْرَى مِنَ الله، وَرُؤْيَا تَحْزِين مِن الشَّيْطَان، وَرُؤْيَا مِمَّا يحدث المَرْء نَفْسه، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُم مَا يُكْرِهُ فَلْيَقُمْ فَليُصَلِّ وَلَا يَحدث بِهَا الناس
Maksudnya: Sesungguhnya mimpi itu mempunyai tiga jenis. Mimpi yang baik itu merupakan berita gembira itu yang datang daripada Allah SWT. Mimpi yang buruk dan membawa kesedihan itu adalah daripada syaitan. Dan mimpi yang disebabkan oleh apa yang berlaku ke atas seseorang itu. Jika sekiranya sesiapa dalam kalangan kamu bermimpi sesuatu yang buruk, hendaklah dia berdiri dan mendirikan solat sunat, serta janganlah dia memberitahu mimpinya itu kepada orang lain.
Dalam satu hadith Rasulullah SAW menyebutkan bahawa jika seseorang bermimpi sesuatu yang buruk meludah ke belah kirinya dan hendaklah membaca isti’azah. Rasulullah SAW bersabda:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنَ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لا تَضُرُّهُ
Maksudnya: Mimpi yang baik itu adalah daripada Allah SWT, adapun mimpi yang buruk itu daripada syaitan. Jika sekiranya seseorang itu bermimpi satu mimpi yang ditakutinya hendaklah dia meludah ke belah kirinya dan hendaklah dia memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada kejahatannya, nescaya dia tidak akan memudaratkannya.
Hadith riwayat al-Bukhari: (3292)
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa mimpi bukan dalil syarak dan tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan sesuatu hukum syar’ie samada halal, wajib atau haram. Tambahan pula, ia tidak boleh dijadikan hujah ke atas diri sendiri atau orang lain. Hal ini kerana, orang biasa tidak mampu melepaskan diri daripada hasutan syaitan, justeru tidak boleh memastikan kesahihan takwilan mimpi yang dialaminya tersebut walaupun dia bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja merupakan mimpi yang benar yang dijadikan sumber hukum serta merupakan hujah syarak, kerana mereka dilindungi Allah SWT dan terlepas daripada mainan syaitan. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman terhadapnya serta memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’at-Nya dengan sebaiknya. Amin.
WaAllahu a’lam.
ADVERTISEMENT