Filem lakonan Kangana Ranaut bertajuk Thalaivii mungkin tidak dianggap sebagai satu karya pecah panggung di Bollywood.
Namun, aktres tersebut tetap menerima pencalonan di Anugerah Filmfare bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem terbabit. Tentu sahaja perkara itu menggembirakan, namun tidak kepada Kangana. Pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan perasaan tidak puas hati di Instagram apabila dia dimaklumkan akan menerima anugerah berkenaan dan diminta hadir ke majlis.
"Saya tidak menyokong aktiviti tidak adil yang diamalkan Filmfare sejak 2014. "Kali ini, mereka beriya-iya menjemput dengan mengatakan akan memberikan saya anugerah menerusi filem Thalaivii. "Saya sangat terkejut mengetahui mereka masih mencalonkan saya. Pada saya ini rasuah dan kerja tidak beretika," katanya. Dalam pada itu, Kangana turut berhasrat untuk menyaman pihak Filmfare kerana berbuat demikian. Baginya acara tersebut lebih tertumpu kepada kehadiran semata-mata dan bukannya untuk menghargai pengkarya. Sumber: mStar
|
Harley_Quinn replied at 5-9-2022 04:05 PM
I x bpe fhm issue dia blh nk sue Filmfare ni.
Sbb yg dia kna mnari then flmfare xnak bg award tu aje ...
duri_durians replied at 9-9-2022 11:59 AM
bg dia filmfare ni rigged la.. tak telus.
kalau kau tak dtg atau tak buat something utk dorang, jg ...
ADVERTISEMENT