View: 1664|Reply: 7
|
Kangana Ranaut Nak Saman Filmfare Sebab Dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik
[Copy link]
|
|
Filem lakonan Kangana Ranaut bertajuk Thalaivii mungkin tidak dianggap sebagai satu karya pecah panggung di Bollywood.
Namun, aktres tersebut tetap menerima pencalonan di Anugerah Filmfare bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem terbabit.
 IG Kangana
Tentu sahaja perkara itu menggembirakan, namun tidak kepada Kangana.
Pelakon berusia 35 tahun itu meluahkan perasaan tidak puas hati di Instagram apabila dia dimaklumkan akan menerima anugerah berkenaan dan diminta hadir ke majlis.
"Saya tidak menyokong aktiviti tidak adil yang diamalkan Filmfare sejak 2014.
"Kali ini, mereka beriya-iya menjemput dengan mengatakan akan memberikan saya anugerah menerusi filem Thalaivii.
"Saya sangat terkejut mengetahui mereka masih mencalonkan saya. Pada saya ini rasuah dan kerja tidak beretika," katanya.
Dalam pada itu, Kangana turut berhasrat untuk menyaman pihak Filmfare kerana berbuat demikian.
Baginya acara tersebut lebih tertumpu kepada kehadiran semata-mata dan bukannya untuk menghargai pengkarya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam Kajol tapi bukan beliau |
|
|
|
|
|
|
|
oooo puas pikir sape sheol ni, baru trigt dia ni dlu curly big hair. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni nampk tua dlm filem. |
|
|
|
|
|
|
|
I x bpe fhm issue dia blh nk sue Filmfare ni.
Sbb yg dia kna mnari then flmfare xnak bg award tu aje ke?
Atau ada yg lg deep? X follow sgt bollywood nye industry ni |
|
|
|
|
|
|
|
bg dia filmfare ni rigged la.. tak telus.
kalau kau tak dtg atau tak buat something utk dorang, jgn harap nk dapat anugrah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohoo faham.
Kiranya even layak tp x ikut diorg nye instruction, x kan diberi award.
Corrupt jgk yee
|
|
|
|
|
|
|
|
Well...Filmfare is very well known to be rigged with corruption. Not surprised at all. |
|
|
|
|
|
|
| |
|