CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Disamun, Dirogol Di Hotel Balakong Dan Ditinggalkan Tepi Jalan Oleh 'Pegawai Imigresen'

22-8-2022 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2544| Komen: 19

AMPANG: Seorang wanita warga Indonesia bukan saja disamun, malah turut diperkosa individu mengaku 'pegawai imigresen' yang membawanya ke sebuah hotel sebelum mangsa ditinggalkan di tepi jalan, pagi kelmarin.


Kejadian berlaku pada jam 6.50 pagi ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci bersama seorang lagi rakan senegaranya berusia 30-an dalam perjalanan ke tempat kerja di Pandan Indah.

Kedua-dua mereka disamun membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM4,000.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata polis menerima laporan daripada seorang mangsa mendakwa didatangi dua lelaki menaiki kereta Honda City dan mengaku sebagai pegawai Imigresen.


Katanya, dua lelaki itu memberitahu mahu membuat pemeriksaan pasport dan permit kerja lalu meminta mangsa serta rakannya menaiki kereta.

"Ketika dalam perjalanan, suspek mengambil barang kemas dan wang tunai milik mangsa. Mangsa dibawa ke kawasan Serdang dan ditinggalkan di tepi jalan, manakala rakannya dibawa ke sebuah hotel di Balakong sebelum dirogol.

"Mangsa tampil membuat laporan polis dan rakannya yang dirogol turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan laporan itu, beliau berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Jasin, Melaka, awal pagi ini.

Katanya, serbuan pada jam 3 pagi itu turut merampas wang tunai, barang kemas, kenderaan dan pakaian digunakan suspek ketika kejadian.

"Semakan mendapati suspek pertama berusia 40 tahun mempunyai 18 rekod jenayah lampau termasuk tiga rekod dikehendaki bagi kes dadah, manakala suspek kedua mempunyai 13 rekod lampau termasuk satu dikehendaki.

"Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi permohonan reman dan siasatan lanjut," katanya.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 22-8-2022 12:59 PM
kawan dia tu mesti good looking dari dia
Quote CiliPadiSedap 22-8-2022 01:17 PM
gigahertz: kawan dia tu mesti good looking dari dia


xlah kawan dia salah sorang period datang bulan. kaka dulu kerja detective conan jadi tahulah
Quote ezacbee 22-8-2022 01:34 PM
Pagi dah terang camtu pun berani culik orang.
Quote black_handbag 22-8-2022 02:09 PM
mesti buat keje kat hotel murah kan. tah2 cctv pun takde. memalukan msia ada rakyat begini
Quote tikusmontok 22-8-2022 02:17 PM
CiliPadiSedap replied at 22-8-2022 01:17 PM
xlah kawan dia salah sorang period datang bulan. kaka dulu kerja detective conan jadi tahulah

Dia check camana kaka? Ke hanat tu tanya?
Quote kepompong 22-8-2022 02:18 PM
kesian boss dorang tunggu dtg keje tak dtg2
Quote tikusmontok 22-8-2022 02:18 PM
Sib baik @Friska dapat majikan baik, pagi2 gelap aman2 jer dok rumah membuta lagi.
Quote KamikuP 22-8-2022 02:56 PM
Dahsyat lah polis dapat jejak dan tangkap suspek.
Quote KamikuP 22-8-2022 02:57 PM
Dahsyat lah polis dapat jejak dan tangkap suspek.
Quote KamikuP 22-8-2022 02:58 PM
Dahsyat lah polis dapat jejak dan tangkap suspek.
Quote Mulotkoyak 22-8-2022 04:02 PM
Nape xpakai stokin(kondom)
Quote Nenasketum 22-8-2022 04:10 PM
Aku duku kije Marketing facility services, antaranya cleaning. Cleaners kitorang slalu mengadu, asal gaji masuk, ada jer polis2 pangkat koperal tunggu pepagi kat stesen bas/lrt/mrt. Depa akan mintak check memacam sampai sauk duit & meraba sampai dalam bra cleaners.
Tapi kan, polis pangkat2 bawahan ni ramai anak Indon kelahiran Mesia sebab depa jer yang selere dengan kaum depa sendirik. Sekian sesi mengutuk
Quote myakayina 22-8-2022 04:41 PM
Nenasketum replied at 22-8-2022 04:10 PM
Aku duku kije Marketing facility services, antaranya cleaning. Cleaners kitorang slalu mengadu, asal ...

sial sangat perangai..
Quote rosedemon 22-8-2022 05:05 PM
dasar terkutuk.
Quote CiliPadiSedap 22-8-2022 06:32 PM
tikusmontok replied at 22-8-2022 02:17 PM
Dia check camana kaka? Ke hanat tu tanya?

yang tu detective conan takde ajar.
Quote pinggan 22-8-2022 06:36 PM
Weh kesian giler. Jahat nya jantan sial. Mesti la bukan pegawai imigresen yg sebenar kan? Sedih nya jadi mangsa rogol
Quote manjalara_01 22-8-2022 07:06 PM
ezacbee replied at 22-8-2022 01:34 PM
Pagi dah terang camtu pun berani culik orang.

[youtube]u0CgEibFKPQ[/youtube]
Quote monreyes 22-8-2022 07:11 PM
of late byk pulak kes rogol...kebabian btoi
Quote Perwira2022 22-8-2022 07:30 PM
Lelaki2 bangsat ni mesti Melayu, kan? Memang jantan melayu sekarang kebanyakannya sangat low quality

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.174925 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top