AMPANG: Seorang wanita warga Indonesia bukan saja disamun, malah turut diperkosa individu mengaku 'pegawai imigresen' yang membawanya ke sebuah hotel sebelum mangsa ditinggalkan di tepi jalan, pagi kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 6.50 pagi ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci bersama seorang lagi rakan senegaranya berusia 30-an dalam perjalanan ke tempat kerja di Pandan Indah.
Kedua-dua mereka disamun membabitkan kerugian keseluruhan lebih RM4,000.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata polis menerima laporan daripada seorang mangsa mendakwa didatangi dua lelaki menaiki kereta Honda City dan mengaku sebagai pegawai Imigresen.
Katanya, dua lelaki itu memberitahu mahu membuat pemeriksaan pasport dan permit kerja lalu meminta mangsa serta rakannya menaiki kereta.
"Ketika dalam perjalanan, suspek mengambil barang kemas dan wang tunai milik mangsa. Mangsa dibawa ke kawasan Serdang dan ditinggalkan di tepi jalan, manakala rakannya dibawa ke sebuah hotel di Balakong sebelum dirogol.
"Mangsa tampil membuat laporan polis dan rakannya yang dirogol turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan laporan itu, beliau berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya mengesan dan menahan kedua-dua suspek di sebuah rumah di Jasin, Melaka, awal pagi ini.
Katanya, serbuan pada jam 3 pagi itu turut merampas wang tunai, barang kemas, kenderaan dan pakaian digunakan suspek ketika kejadian.
"Semakan mendapati suspek pertama berusia 40 tahun mempunyai 18 rekod jenayah lampau termasuk tiga rekod dikehendaki bagi kes dadah, manakala suspek kedua mempunyai 13 rekod lampau termasuk satu dikehendaki.
"Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi permohonan reman dan siasatan lanjut," katanya.
Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. -CARI
Post time 22-8-2022 04:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku duku kije Marketing facility services, antaranya cleaning. Cleaners kitorang slalu mengadu, asal gaji masuk, ada jer polis2 pangkat koperal tunggu pepagi kat stesen bas/lrt/mrt. Depa akan mintak check memacam sampai sauk duit & meraba sampai dalam bra cleaners.
Tapi kan, polis pangkat2 bawahan ni ramai anak Indon kelahiran Mesia sebab depa jer yang selere dengan kaum depa sendirik. Sekian sesi mengutuk