Pelakon, Ako Mustapha, 51, pernah mengikuti pelbagai petua untuk mengekang penyakit diabetes yang dialaminya. Namun, petua-petua itu sekali gus lebih merosakkan kesihatannya secara perlahan-lahan.
"Sejak saya menghidap kencing manis ini, saya jenis dengar cakap kawan. Bila orang suruh cuba itu dan ini, saya macam kambing yang tak berfikir dan ikutkan sahaja. "Perlahan-lahan, ia merosakkan kesihatan tubuh badan saya," katanya kepada Harian Metro. Menurut Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, petua yang pernah diberi dan diikutinya adalah, meminum jus peria katak.
"Banyak sebenarnya petua dan saranan antaranya minum 'supplement' dan satu lagi, saya disuruh mengisar dan minum jus peria katak," katanya. Ditanya sama ada dia menyesal atau tidak selepas mengikuti petua-petua itu, Ako berkata, dia tidak menyesal. "Saya tak menyesal sebab mereka sendiri berniat baik untuk membantu. Mereka nak bantu, tapi tak tahu sama ada saranan itu sah atau tidak. "Ada yang berkongsi mengenai ipar mereka berjaya sihat daripada penyakit ini selepas minum jus peria katak. "Tapi, mungkin di depan dia sahaja yang dia nampak, tapi di belakangnya, iparnya makan ubat yang dia tak tahu," katanya. Dua minggu lalu, Ako dirawat di hospital akibat kandungan gula dalam darah yang terlalu tinggi. "Sekarang, saya perlu menyuntikkan insulin empat kali sehari kerana badan saya sudah tidak menghasilkan insulin sekali gus menyebabkan kandungan gula dalam darah naik mendadak," katanya. Sumber: Harian Metro
|
damian_lee replied at 22-8-2022 07:49 AM
my mom I jaga makan dia
bukan xleh makan benda manis
tapi I cut sugar
ibu_haritz replied at 21-8-2022 11:52 PM
sis, susu gluecerna tu manis tak? my mom cancer, nk bg dia minum susu..
reddots: tu la yang dimaksudkan 'product sampah' oleh Dr. Rafidah Abdullah.walau ramai yang kecam dia, saya tetap sokong Dr. Rafidah.penerangan pasal product s ...
ibu_haritz replied at 22-8-2022 07:52 AM
sis, susu gluecerna tu manis tak? my mom cancer, nk bg dia minum susu..
damian_lee replied at 22-8-2022 08:00 AM
tak sure manis ke idok
tapi memang ada kandungan gula dalam tu
Dodod replied at 22-8-2022 09:57 AM
kalau nk susu pure elok fernleaf full cream. tu xada gula. semua peringkat umur boleh minum.
ibu_haritz replied at 22-8-2022 10:02 AM
oo..ok2..tulah cancer ni pantang dia gula je..tq sis
ADVERTISEMENT