CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4660|Reply: 52

'Saya Macam Kambing' - Ako Mustapha Tak Kesal Kesihatan Rosak Ikut Petua Rakan

[Copy link]
Post time 21-8-2022 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Ako Mustapha, 51, pernah mengikuti pelbagai petua untuk mengekang penyakit diabetes yang dialaminya.


Namun, petua-petua itu sekali gus lebih merosakkan kesihatannya secara perlahan-lahan.




IG Ako




"Sejak saya menghidap kencing manis ini, saya jenis dengar cakap kawan. Bila orang suruh cuba itu dan ini, saya macam kambing yang tak berfikir dan ikutkan sahaja.


"erlahan-lahan, ia merosakkan kesihatan tubuh badan saya," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, petua yang pernah diberi dan diikutinya adalah, meminum jus peria katak.


"Banyak sebenarnya petua dan saranan antaranya minum 'supplement' dan satu lagi, saya disuruh mengisar dan minum jus peria katak," katanya.


Ditanya sama ada dia menyesal atau tidak selepas mengikuti petua-petua itu, Ako berkata, dia tidak menyesal.


"Saya tak menyesal sebab mereka sendiri berniat baik untuk membantu. Mereka nak bantu, tapi tak tahu sama ada saranan itu sah atau tidak.


"Ada yang berkongsi mengenai ipar mereka berjaya sihat daripada penyakit ini selepas minum jus peria katak. "Tapi, mungkin di depan dia sahaja yang dia nampak, tapi di belakangnya, iparnya makan ubat yang dia tak tahu," katanya.


Dua minggu lalu, Ako dirawat di hospital akibat kandungan gula dalam darah yang terlalu tinggi.


"Sekarang, saya perlu menyuntikkan insulin empat kali sehari kerana badan saya sudah tidak menghasilkan insulin sekali gus menyebabkan kandungan gula dalam darah naik mendadak," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Peria katak elok pe..apa2 benda yang pahit elok Ler untuk kencing manis. Persoalannya kau pantang gula dan jaga makan ke idok?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nk perkecilkan rawatan altenatif. Tp meols dah tgk sendiri beza guna ubat spital ngn rawatan altenatif ni.

Mak mertua meols kencing manis dr muda. Skg umo dh dekat 80. Dulu makan ubat, skg cucuk insulin. Alhamdulillah ok lg.
Mak sedara suami meols x ikut sgt ckp doc. Dia byk guna yg alternatif pnya. Pastu ada luka skit kt kaki, melarat dan tak baik. Doc suh potong kaki dia xnk. Pstu kuman dah merebak dlm darah. Mei haritu da meninggal. Umo dlm 50an.

Ajal maut di tangan Allah.

Tp kalo meol, meol akan ikut ckp doc yg bertauliah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
my mom I jaga makan dia
bukan xleh makan benda manis
tapi I cut sugar
tapi akan ada beberapa hari I bagi dia makan makanan manis tapi bukan mencekik … tapi sekadar menghilangkan craving

bila lama2 dah kurangkan makanan dan minuman manis
bila dia makan makanan manis dia kata benda tu manis leting …  so dia dah xberapa suka makanan yang she used to eat … mcm kuih muih mahupun nasi dagang …

kat rumah plak beli kencing manis punya check tu
beberapa minggu sekali akan check

pagi plak bagi dia minum susu gluecerna tu

so far dia punya kencing manis dari berbelas belas tu dah turun below 10 and dah few weeks test memang always below 10 … last 8 …

tapi still jaga and monitor
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 07:52 AM | Show all posts
damian_lee replied at 22-8-2022 07:49 AM
my mom I jaga makan dia
bukan xleh makan benda manis
tapi I cut sugar

sis, susu gluecerna tu manis tak? my mom cancer, nk bg dia minum susu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 21-8-2022 11:52 PM
sis, susu gluecerna tu manis tak? my mom cancer, nk bg dia minum susu..

tak sure manis ke idok
tapi memang ada kandungan gula dalam tu

tapi kalau nak compare ngan ensure .. ensure tu kandungan gula dia 2 kali lebih kandungan gula

kalau cancer tak sure can or not
sebb orang kata kan sugar makanan cancer
better consult with doctor which susu yang sesuai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak jaga makan gitu lah. Semua nak sedap tekak tak padan dgn ada penyakit berangkai2. Nak exercise malas pulak. Makanan baik kalau penyediaan tak sihat pun jadi sampah je la. Mcm contoh, jagung kukus dah elok dah. Tapi gi campur marjerin 1 sudu besar, tuang pulak susu pekat manis. Last sekali letak topping cheese sagat. Ujung2 salah beksin kencing manis dia tak terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya peria pantai goreng ngan udang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 08:37 AM | Show all posts
tu la yang dimaksudkan 'product sampah' oleh Dr. Rafidah Abdullah.
walau ramai yang kecam dia, saya tetap sokong Dr. Rafidah.
penerangan pasal product sampah sangat jelas dari dia.. semua supplement yang dikatakan boleh ngubat segala tok nenek penyakit dlm badan tu adalah 'sampah'.


korang sumbat sampah dlm bdn, lama2 korang jd 'sampah' sebab ujung2 nak kena continue perubatan pegi gomen juga. supplier or agent jual sampah jer yang kaya, flex keta merc ngan mansion.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 09:07 AM | Show all posts
Allahu, 4x sehari weh insulin dia kena inject.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lina21 at 22-8-2022 09:15 AM

Ko makan peria dinosaur pun ttp tak baik diabetics ko Tu kalo Lps Tu melantak yg manis2 24 jam,

Gitu jugak insulin , kalo seminggu sblm nk pergi doktor baru gigih cucuk, lelama up jugak dose, Lps Tu rosak kidney

Pokok pangkal, Jaga kesihatan Dari awal
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 09:33 AM | Show all posts
reddots: tu la yang dimaksudkan 'product sampah' oleh Dr. Rafidah Abdullah.walau ramai yang kecam dia, saya tetap sokong Dr. Rafidah.penerangan pasal product s ...


Dr Rafidah tu pun bukan betoi sangat.. semua benda nak di kecam.. hujung2 kene scam padan muka.. KAHKAHKAH
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Once you kena sakit yg takde ubat ni, yg pertama sekali mmg kena tengok dan jaga pemakanan. Sbb banyak penyakit datang dari perut. So kalau diabetes, selain makan ubat yg first sekali mmg kena cut sugar slowly.. pilih nasi yg kurang kanji (since ummah Malaysia mmg tak boleh tinggal nasi kan.. hihi).. dan amalkan cara hidup sihat.

You can't cure. But you can manage.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 09:52 AM | Show all posts
baru tau makan benda pahit boleh menaikkan gula dalam badan
tahniah cipel
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 22-8-2022 07:52 AM
sis, susu gluecerna tu manis tak? my mom cancer, nk bg dia minum susu..

kalau nk susu pure elok fernleaf full cream. tu xada gula. semua peringkat umur boleh minum.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:02 AM | Show all posts
damian_lee replied at 22-8-2022 08:00 AM
tak sure manis ke idok
tapi memang ada kandungan gula dalam tu

oo..ok2..tulah cancer ni pantang dia gula je..tq sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 10:03 AM | Show all posts
Dodod replied at 22-8-2022 09:57 AM
kalau nk susu pure elok fernleaf full cream. tu xada gula. semua peringkat umur boleh minum.

bole lah nak try utk my mom..tq sis
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:03 AM | Show all posts
My husband 5 tahun lepas diagnosed with diabetes.
ada family history, and makan mcm kureng sikit lah jaga.

Satu hari tu dia komplen rasa dahaga - check gula dia random 17.
esok paginya, sebelum dia makan apa2, I check lagi, 12

sbb bini dia ni doktor, mmg sah la diagnosis dia diabetes.

Dia terus cut down NO SUGAR langsung. and dia usaha juga minum jus peria katak tu. selepas sebulan dia buat macam tu, sugar dia dah ok.

Kami berdua mmg 4-5 bulan sekali check darah - i pantau dia punya HbA1c - skrg konsisten 6.1-6.2% je.

HBA1c ni bacaannya lebih tepat dari random blood sugar - sbb dia memberi kita gambaran kawalan gula dlm darah in the past three months.

Kalau bacaan HbA1c tinggi - maknanya most of the time gula kita tinggi. Kita nak target biar bawah 7% kalau tak silap.

Sbb, kalau bergantung pada check gula pagi2 masa puasa tu - ada kebarangkalian, tak accurate. kdg2 kita tau kita ada temujanji doktor, kita pun pantanglaaa - bila amik darah, bacaan gula tak teruk sgt.
Bila buat Hba1c, lebih tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:27 AM | Show all posts
kesiannya Ako...badan nampak kurus tapi diabetes rupanya. dia muda lagi kowttt
tapi boleh je nak reverse diabetes ni, boss iols dah berjaya sedangkan dulu pon dia hari2 cucuk insulin.
kalau Ako tau pasal sunning & diet no sugar mesti boleh sihat balik. sunning boleh buat badan produce insulin semula!! yg penting CUT SUGAR termasuk buah2 pon!! buah ni semua ingat healthy tapi dia ada fructose. ramai tak tahu fructose ni tak boleh diproses oleh buah pinggang so end up jadi lemak je. lah tibah bukak kelas sains
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:36 AM | Show all posts
ibu_haritz replied at 22-8-2022 10:02 AM
oo..ok2..tulah cancer ni pantang dia gula je..tq sis

Boleh juga cuba susu kambing organic sis..ataupun susu lembu organic..
Fernleaf full cream pun ok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.233796 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list