Bagi membela maruah anaknya daripada menjadi mangsa rogol, seorang wanita memotong kemaluan teman lelakinya. Namun, kejadian itu tidak mendatang kekesalan kepada wanita terbabit, asalkan maruah anaknya berusia 14 tahun terbela.
Wanita berusia 36 tahun itu tinggal sebumbung bersama teman lelakinya itu selama dua tahun selepas berpisah dengan suaminya. Kejadian itu disedari wanita terbabit sebaik pulang dari kerja di sebuah ladang. "Saya diserang ketika cuba menyelamatkan anak sebelum (saya )bergegas ke dapur untuk mengambil pisau.
"Saya terus memotong kemaluannya sebagai pengajaran ke atas tindakannya. Saya tidak menyesal dengan tindakan itu," katanya kepada Times of India. Polis di Uttar Pradesh menahan suspek berusia 32 tahun atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah usia. Suspek bagaimanapun kini sedang mendapatkan rawatan lanjut kerana keadaannya yang kritikal. Polis bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada wanita itu akan dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatannya. Ini kerana wanita di India terpaksa mengambil tindakan sedemikian apabila berhadapan dengan ancaman seksual atau keganasan. Tindakan itu dipanggil bobbitising selepas Lorena Bobbit menjadi tajuk utama buat kali pertama kerana memotong kemaluan suaminya pada 1993. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT