CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 4

Kerat 'Anu' Teman Lelaki Demi Selamatkan Anak Dari Jadi Mangsa Rogol

[Copy link]
Post time 21-8-2022 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Bagi membela maruah anaknya daripada menjadi mangsa rogol, seorang wanita memotong kemaluan teman lelakinya.


Namun, kejadian itu tidak mendatang kekesalan kepada wanita terbabit, asalkan maruah anaknya berusia 14 tahun terbela.




Gambar hiasan




Wanita berusia 36 tahun itu tinggal sebumbung bersama teman lelakinya itu selama dua tahun selepas berpisah dengan suaminya.


Kejadian itu disedari wanita terbabit sebaik pulang dari kerja di sebuah ladang.


"Saya diserang ketika cuba menyelamatkan anak sebelum (saya )bergegas ke dapur untuk mengambil pisau.


"Saya terus memotong kemaluannya sebagai pengajaran ke atas tindakannya. Saya tidak menyesal dengan tindakan itu," katanya kepada Times of India.


Polis di Uttar Pradesh menahan suspek berusia 32 tahun atas tuduhan merogol kanak-kanak bawah usia.


Suspek bagaimanapun kini sedang mendapatkan rawatan lanjut kerana keadaannya yang kritikal.


Polis bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada wanita itu akan dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatannya.


Ini kerana wanita di India terpaksa mengambil tindakan sedemikian apabila berhadapan dengan ancaman seksual atau keganasan.


Tindakan itu dipanggil bobbitising selepas Lorena Bobbit menjadi tajuk utama buat kali pertama kerana memotong kemaluan suaminya pada 1993.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka jantan tak guna.


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts

mcmana proses masa nk potong tu ye..keras hati jgk la perempuan ni..nk potong ay pun dh seram..
gud job kak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ni baru betullll..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 dia tak dipenjara, ni self-defense, dia nak selamatkan anak dia daripada dirogol. Berjuta-juta kali lebih baik daripada spesies mak yang suruh anak diam atau jangan report sebab tak nak kehilangan laki.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.221908 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list