CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Tinggi Polis Digantung Tugas Susulan Kematian Pengawal Peribadi

21-8-2022 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3478| Komen: 27

Pegawai tinggi polis Indonesia, Ferdy Sambo digantung tugas sehingga siasatan membabitkan kematian pengawal peribadi, Nopryansyah Yosua Hutabarat, selesai.

Ferdy yang juga Ketua Hal Ehwal Dalam Negeri kini didesak untuk meletakkan jawatan susulan kejadian yang dikatakan mempunyai kaitan dengan hubungan sulit dengan isterinya bersama mangsa.

Penggantungan Ferdy itu diumumkan Ketua Polis republik berkenaan, Listyo Sigit Prabowo, pada Isnin lalu.


Ferdy Sambo. 
Foto: Twitter

Menurut kenyataan keluarga mangsa, punca kematian lelaki itu tidak konsisten dengan kenyataan awal yang dikeluarkan polis.


Peguam yang mewakili keluarga Nopryansyah, 27, menuntut bedah siasat kedua dijalankan kerana kematian dikatakan disebabkan kesan tembakan, namun gambar menunjukkan mangsa mengalami lebam dan luka.

Berdasarkan gambar itu juga, mangsa cedera kerana diserang dengan ganas dipercayai membabitkan lebih daripada dua orang.

"Bahu kanan dan rahang juga beralih kedudukan, manakala gigi patah dan kesan luka di bibir, hidung, bawah mata, belakang telinga, tangan dan kaki.

"Selain itu, terdapat kesan lebam pada perut dan dada," kata peguam Kamarudin Simanjuntak selepas memfailkan tuntutan itu pada Isnin.

Ketua Polis Jakarta Selatan, Budhi Herdi Susianto berkata, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan kejadian berpunca daripada hubungan sulit.

Namun katanya, butiran lanjut mengenai siasatan tidak boleh didedahkan kepada umum.

Nopryansyah yang juga penembak tepat ditugaskan sebagai pengawal peribadi kepada keluarga Ferdy.

Pada 8 Julai lalu, beliau ditugaskan untuk membawa Ferdy dan isteri, Putri Candrawathi dari Magelang, Jawa Timur ke kediaman rasmi di Jakarta.

Polis memaklumkan Nopryansyah masuk ke bilik tidur di tingkat satu kediaman itu ketika Putri, 40-an, sedang berehat dan mengganggunya secara seksual ketika Ferdy tiada di rumah.

Putri didakwa menjerit sebelum seorang lagi pengawal peribadi bergegas turun dan berlaku tembakan jarak dekat selepas Nopryansyah dikatakan melepaskan tembakan pertama.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 22-8-2022 01:45 AM
bkn menjerit tp suka sama suka la tuuu
Quote Nnoor2 22-8-2022 06:20 AM
matbad replied at 22-8-2022 01:45 AM
bkn menjerit tp suka sama suka la tuuu

Kes ni fitnah kepada si mati....nj komplot pembunuhan si mati yang dirancang sb si mati ada simpan rahsia salah laku pegawai tinggi tersebut..

Si mati umur 27 dah ada makwe pun x kan la beliau teringin perempuan tua baya mak dia .
Quote dua_chzy 22-8-2022 06:22 AM
matbad replied at 21-8-2022 05:45 PM
bkn menjerit tp suka sama suka la tuuu

Bukan la. Mamat yang kena bunuh tu kena frame katanya.
Quote Paiya 22-8-2022 09:02 AM
Nnoor2 replied at 22-8-2022 06:20 AM
Kes ni fitnah kepada si mati....nj komplot pembunuhan si mati yang dirancang sb si mati ada simpan ...

ni ke kes

brigadiar J
ditembak rakannya bharada E

atas arahan atasan mereka?


Quote toynme 22-8-2022 09:06 AM

tragis gak cite ni..bnyk sgt version...si mati ni tau yang boss dia ada bini lagi 1 kan pastu konon ngadu dekat bini boss dia

pastu gaduh

yang tragis tu family J tak boleh tgk mayat anaknya


Quote Paiya 22-8-2022 09:31 AM
toynme replied at 22-8-2022 09:06 AM
tragis gak cite ni..bnyk sgt version...si mati ni tau yang boss dia ada bini lagi 1 kan pastu kono ...

kan?
banyak sangat versionnya
kes gangguan seksual bini bossnya
pun dah dipastikan bukan penyebab

sekarang ni

kes judi, dadah
kes LGBT pun macam timbul juga
tak tau mana satu


Quote Paiya 22-8-2022 09:33 AM
mujur peguam keluarganya bijak
mengesan semua kejanggalan
tuduhan gangguan seksual itu

dapatlah nama arwah J dibersihkan
dapatlah dikebumikan semula secara terhormat
Quote shalalat 22-8-2022 09:45 AM
toynme replied at 22-8-2022 09:06 AM
tragis gak cite ni..bnyk sgt version...si mati ni tau yang boss dia ada bini lagi 1 kan pastu kono ...

Family si mati boleh tgk kan? Dah buat 2nd post mortem tu yg tau kena seksa dgn sambo n co. Result berbeza dgn 1st post mortem. Ada jgk bertebaran suara si mati time kena seksa tu kat tiktok. Tapi tak tau lah kes yg sama ke tidak. Tau lah sanak saudara mbak friska ni pelik2 semua
Quote JoyahSepoting 22-8-2022 09:56 AM
Sy follow citer ni. layan kat youtube sampai 2 pagi nk tgk kronologi dan motif.  Dh ada ugutan bunuh start bulan 6 lg. Very the fishi kes dia ni.. wife Ferdy Sambo (FS) tu pun dh jadi suspek skrg.. semoga keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan
Quote tompie 22-8-2022 10:00 AM
perghh.. mana korang tau pasal cite ni?? first time aku baca kat sini..
Quote kechikchomel 22-8-2022 10:03 AM
ohhhh...ada lalu lalang kt fb iolss. tapi iolss tak folo sebab tak paham citer.
tak tau hujung pangkal
Quote toynme 22-8-2022 10:31 AM
shalalat replied at 22-8-2022 09:45 AM
Family si mati boleh tgk kan? Dah buat 2nd post mortem tu yg tau kena seksa dgn sambo n co. Result ...

1st post mortem family tak boleh tgk tu yang mak dia nangis mcm nak pengsan...polis (org suruhan boss) ckp kena hormat si mati la ape la..

pastu lepas polis syak ada unsur mati dibunuh baru la buat 2nd post mortem..tu yang jumpa otak dah letak kat perut (katanya mmg prosedure)..muka ada bekas tembakan and bnyk la bekas2 parut kat badan

tapi respect la dekat media dia termasuk berita buat keje mcm kes tangmo

kalau msia jgn harap ler boleh transparent mcm ni....
Quote Cokoro 22-8-2022 11:05 AM
Mcm kisah drama dah semoga keadilan buat mangsa
Quote rospinki 22-8-2022 11:29 AM
kenapa unipom pak polisi persis baju pengakap
Quote rospinki 22-8-2022 11:29 AM
kenapa unipom pak polisi persis baju pengakap
Quote rospinki 22-8-2022 11:29 AM
kenapa unipom pak polisi persis baju pengakap
Quote Nnoor2 22-8-2022 11:49 AM
Paiya replied at 22-8-2022 09:02 AM
ni ke kes

brigadiar J

Ya....depa dah komplot awal untuk perangkap Joshua dan bunuh dia...

Budak muda ni dah terima banyak ugutan bunuh sejak awal...dia pun hidup dlm ketakutan
Quote Nnoor2 22-8-2022 11:50 AM
toynme replied at 22-8-2022 10:31 AM
1st post mortem family tak boleh tgk tu yang mak dia nangis mcm nak pengsan...polis (org suruhan b ...

X de beza kisah altantuya...lagi kejam..sampai sekarang dalang utama ( indon panggil OTAK)  masih bebas...


Sekurang2nya indon ni nampak telus..
Quote Mary_jane 22-8-2022 12:06 PM
Berselingkuhan ker?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057411 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top