CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penunggang Motosikal Jelir Lidah Selepas Ditegur Polis Tak Pakai Helmet

21-8-2022 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2100| Komen: 7

Tidak memakai topi keledar jelas merupakan satu kesalahan jalan raya dan boleh dikompaun maksimum RM300.

Namun, lain pula situasinya bagi seorang penunggang motosikal ini apabila dia hanya diberikan amaran oleh pihak polis setelah kantoi melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar.



FB Sukan Star TV

Menerusi video berdurasi 31 saat daripada kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Facebook Sukan Star TV, kelibat penunggang motosikal ini ketika sedang berhenti di lampu isyarat merah menarik perhatian netizen.

Apa yang tidak disangka ialah secara tiba-tiba sebuah kenderaan polis datang dari arah kanan dan terus berhenti di depan penunggang wanita berkenaan membuatkan pemandu lain turut terkejut.


Dapat dilihat anggota polis berkenaan menegur penunggang terbabit sambil dia kemudiannya mengambil topi keledar yang rupa-rupanya diletakkan di bakul di hadapan dan segera memakainya.



Tidak terhenti di situ, aksi spontan individu berkenaan selepas pihak polis beredar sekali lagi mengundang perhatian orang sekeliling dan warganet.

Ia berikutan penunggang tersebut dilihat seperti menjelirkan lidah terhadap anggota polis sebagai tanda protes sambil menghidupkan semula enjin motosikalnya.



Berikutan video yang tular, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata mencuit hati.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 21-8-2022 11:42 PM
Jelir lidah merupakan 1 bentuk sexual harrasment
Quote Supersirap 6-9-2022 04:53 PM
Macam-macam hal lah mereka ni
Quote supernaturalee 6-9-2022 05:00 PM
lorrr
ade je helmet dlm raga
dh lh die terrrrpaling depan

sejenis meminta
Quote uori 6-9-2022 05:03 PM
kalau kena tahan, terpaling tertindas
Quote TabletSusu 6-9-2022 05:08 PM
mula2 aku gelak sikit bila polis smp n dia ambik helmet dr dlm raga dia tu. tp bila dia megejek tu terus aku terbahak. belakang ko berani ye. masa polis sound tu kenapa ko x terus mengejek je. tau pulak takut..!!
Quote eragon 6-9-2022 05:21 PM
Polis dah guna budi bicara. Hanya bagi amaran, tak saman pun. tak bersyukur betul manusia macam ni.
Quote kakikuDibibirmu 6-9-2022 05:27 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 6-9-2022 05:28 PM

Lickitung tersenyum sinis

108.png

g39au73fdir01.jpg

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059027 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top