View: 1427|Reply: 7
|
Penunggang Motosikal Jelir Lidah Selepas Ditegur Polis Tak Pakai Helmet
[Copy link]
|
|
Tidak memakai topi keledar jelas merupakan satu kesalahan jalan raya dan boleh dikompaun maksimum RM300.
Namun, lain pula situasinya bagi seorang penunggang motosikal ini apabila dia hanya diberikan amaran oleh pihak polis setelah kantoi melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar.
 FB Sukan Star TV
Menerusi video berdurasi 31 saat daripada kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Facebook Sukan Star TV, kelibat penunggang motosikal ini ketika sedang berhenti di lampu isyarat merah menarik perhatian netizen.
Apa yang tidak disangka ialah secara tiba-tiba sebuah kenderaan polis datang dari arah kanan dan terus berhenti di depan penunggang wanita berkenaan membuatkan pemandu lain turut terkejut.
Dapat dilihat anggota polis berkenaan menegur penunggang terbabit sambil dia kemudiannya mengambil topi keledar yang rupa-rupanya diletakkan di bakul di hadapan dan segera memakainya.
Tidak terhenti di situ, aksi spontan individu berkenaan selepas pihak polis beredar sekali lagi mengundang perhatian orang sekeliling dan warganet.
Ia berikutan penunggang tersebut dilihat seperti menjelirkan lidah terhadap anggota polis sebagai tanda protes sambil menghidupkan semula enjin motosikalnya.
Berikutan video yang tular, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata mencuit hati.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Jelir lidah merupakan 1 bentuk sexual harrasment |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam hal lah mereka ni |
|
|
|
|
|
|
|
lorrr
ade je helmet dlm raga
dh lh die terrrrpaling depan
sejenis meminta
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kena tahan, terpaling tertindas  |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 aku gelak sikit bila polis smp n dia ambik helmet dr dlm raga dia tu. tp bila dia megejek tu terus aku terbahak. belakang ko berani ye. masa polis sound tu kenapa ko x terus mengejek je. tau pulak takut..!!  |
|
|
|
|
|
|
|
Polis dah guna budi bicara. Hanya bagi amaran, tak saman pun. tak bersyukur betul manusia macam ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|