CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Wanita Tua Ditemui Di Tasik Perdana

20-8-2022 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2342| Komen: 7

KUALA LUMPUR – Gempar apabila mayat seorang wanita warga emas ditemui di Tasik Perdana, Taman Botani di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.39 pagi.

Foto: Bomba KL

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah bersama sebuah jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Mayat wanita warga emas berusia 68 tahun itu ditemui dengan anggaran jarak tiga meter dari tebing tasik berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mayat mangsa telah berjaya dinaikkan pada pukul 10.12 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat wanita terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 20-8-2022 12:14 PM
Aku zoom tgk kot berpakaian sukan...kot2 la terjatuh kan masa beriadah kat situ
So maybe terjatuh, dijatuhkan or menjatuhkan diri dlm air tu
Quote jfq 20-8-2022 12:15 PM
Mungkin tergelincir masa exercise pagi2 keliling tasik tu
Kat park rumah aku mmg ramai warga tua pagi2 pukul 630am dah exercise pusing2 keliling tasik
Quote Adrif 20-8-2022 12:21 PM
kesiannya.. lagi tua daripada mak I..

nak balik tengok mak lah, takyah tunggu raya  

maaakkk abaahhhh
Quote Buritan 20-8-2022 12:32 PM
jfq replied at 20-8-2022 12:15 PM
Mungkin tergelincir masa exercise pagi2 keliling tasik tu
Kat park rumah aku mmg ramai warga tua pag ...

Mgkin laa kot.. exited nak joging ujung ujung tersilap step masuk lombong.. muda lg ahso ni....
Quote norawestallen 20-8-2022 10:52 PM
Aku rasa mungkin tergelincir time jogging ke apa ke? Sekarang pun kejap hujan, kejap panas. Manalah tahu kan
Quote Nenasketum 21-8-2022 12:03 AM
Takkan nak bunuh diri pakai elok2 kot? Macam2 speku boleh buat
Quote LautBiru52 21-8-2022 01:07 AM
Kesian. Mujur mayatnya ade yang jumpa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.193333 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top