CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis, Orang Ramai Terkejut Tengok Lelaki Bogel Selamba Keluar Dari Trak Kemalangan

20-8-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1813| Komen: 5

LOS ANGELES, California – Seorang pemandu yang terbabit dalam satu kemalangan di Los Angeles mengejutkan orang ramai apabila dia keluar dari kenderaannya tanpa seurat benang, lapor akhbar New York Times.


Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu berlaku sejurus sebelum pukul 12.30 tengah hari Jumaat minggu lalu di persimpangan Victory Boulevard dan Lester Avenue di Van Nuys, kata polis.

Foto: New York Times

Dalam kejadian itu, bahagian kanan hadapan sebuah trak berwarna biru melanggar bahu jalan.

Rakaman oleh seorang individu yang kebetulan berada di tempat kejadian dan memuat naiknya di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki bogel keluar dari trak biru itu melalui pintu bahagian tempat duduk penumpang. 


Dia tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kecederaan dan sebelah tangannya pula memegang pakaian. Lelaki yang identitinya tidak diketahui  itu kemudian dengan tenang berjalan meninggalkan tempat kejadian sambil mencampakkan pakaian yang dipegang.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles, tiada siapa mengalami kecederaan serius dalam kemalangan itu.  -CARI 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 20-8-2022 12:18 PM
Dah macam terminator baru turun dari angkasa.
Quote whimsicalmusic 20-8-2022 01:17 PM
Ade org lain x dlm kereta tu time accident tu? Kekekekeke
Quote Scheherazade 20-8-2022 02:14 PM
mental ke?
Quote af_mania 20-8-2022 07:01 PM
Accident gara2 melancap dalam kereta ke tu?
Quote sharlenetexas 20-8-2022 07:02 PM
Arnold susah nak eja?


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.061548 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top