View: 1034|Reply: 5
|
Polis, Orang Ramai Terkejut Tengok Lelaki Bogel Selamba Keluar Dari Trak Kemalangan
[Copy link]
|
|
LOS ANGELES, California – Seorang pemandu yang terbabit dalam satu kemalangan di Los Angeles mengejutkan orang ramai apabila dia keluar dari kenderaannya tanpa seurat benang, lapor akhbar New York Times.
Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu berlaku sejurus sebelum pukul 12.30 tengah hari Jumaat minggu lalu di persimpangan Victory Boulevard dan Lester Avenue di Van Nuys, kata polis.
 Foto: New York Times
Dalam kejadian itu, bahagian kanan hadapan sebuah trak berwarna biru melanggar bahu jalan.
Rakaman oleh seorang individu yang kebetulan berada di tempat kejadian dan memuat naiknya di laman Twitter menunjukkan seorang lelaki bogel keluar dari trak biru itu melalui pintu bahagian tempat duduk penumpang.
Dia tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kecederaan dan sebelah tangannya pula memegang pakaian. Lelaki yang identitinya tidak diketahui itu kemudian dengan tenang berjalan meninggalkan tempat kejadian sambil mencampakkan pakaian yang dipegang.
Menurut Jabatan Polis Los Angeles, tiada siapa mengalami kecederaan serius dalam kemalangan itu. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam terminator baru turun dari angkasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade org lain x dlm kereta tu time accident tu? Kekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Accident gara2 melancap dalam kereta ke tu?  |
|
|
|
|
|
|
| |
|