CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ning Baizura Tergelak Dikutuk BBNU, Rezeki Mencurah Lepas Viral Menyanyi Sumbang

20-8-2022 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2340| Komen: 19

Ning Baizura sentiasa terbuka menerima kritikan serta pandangan orang ramai terhadap persembahan nyanyiannya yang dikatakan sumbang seperti dalam video tular, baru-baru ini.


Kata Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, dia menyedari kebanyakan komen kritikan itu datang daripada golongan muda atau digelar Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) yang cuba menjadi 'juri' menghakimi persembahannya itu.

Foto: IG

"Pada awalnya saya tergelak menerima pandangan sebegitu tetapi bukan bermaksud bongkak. Apa yang saya fikir mereka ini tidak tahu apa yang saya telah lalui dan jika mereka tahu mungkin mereka juga akan turut menangis.

"Mereka nak panggil Scooby-Doo pun tidak mengapa, saya tidak kisah kerana selepas kejadian itu tular, Alhamdulillah saya ada banyak undangan persembahan yang meminta untuk menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu.

"Sebenarnya kalau cerita zaman dulu-dulu kontroversi yang saya lalu lebih teruk daripada ini. Jadi perkara sebegini terasa seperti gigit semut," katanya kepada mStar.



Ning berkata demikian ketika ditemui di majlis Pelancaran Wonder Suit by Jovian di Tropicana Golf & Country Resorts, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ning turut memberitahu dia tidak memandang serius tentang komen netizen terhadap insiden yang berlaku sebelum ini.


"Pada saya konsepnya seperti injit-injit semua siapa sakit naik atas. Jadi pada saya dalam pepatah ini tidak payah hendak terasa dan tidak perlu untuk menunjukkan betapa sakitnya.

"Lagipun tidak semua netizen itu memiliki pandangan negatif sebegini. Biarpun saya dinasihatkan tidak perlu untuk melayan karenah orang sebegini tetapi pada saya ini adalah tanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar dan mengapa saya menjadi sebegitu ketika menyanyi.

"Saya juga terharu dan berterima kasih kepada barisan artis yang banyak memberi sokongan. Saya pernah didatangi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertanyakan bagaimana keadaan saya dan dia memberi sokongan atas apa yang berlaku. Terima kasih," terangnya.



Menjelaskan kembali insiden 'sumbang' berkenaan, Ning mengakui dia terlalu sebak dan terikut emosi ketika menyanyian Awan Yang Terpilu kerana lagu itu terlalu dekat dengan arwah bapanya.

"Sepanjang 30 tahun dalam industri, arwah tidak pernah sekali berpeluang untuk melihat persembahan saya. Jadi tidakkah perkara itu satu hal yang menyedihkan," katanya.



Dalam pada itu, Ning turut memaklumkan bakal mengadakan konsert pada tahun hadapan sempena meraikan 30 tahun penglibatannya sebagai penyanyi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 20-8-2022 10:53 AM
Ye ke sedia terima kritikan.. apsal aritu luahan perasaan mcm ada elemen koyak je.. apa2 la Ning.. layan lagu2 u kat Spotify jela..
Quote ReginaGeorge 20-8-2022 11:03 AM
Ini antara contoh monyet tak tau malu dan tak reti terima salah diri.
Quote cikperiukkera 20-8-2022 07:43 PM
Aritu kemainnn koyak bergusti dgn netizen yachhh…now kata mcm kena gigit semut je katanya.
Quote MadameOnion 20-8-2022 08:44 PM
Tergelak ye..tapi terkoyak rabak di lubuk hati
Quote jalfa 20-8-2022 08:50 PM
Berkemban je..sesapa bagitau dia pesen berkemban ni so yesterdayyyyy
Quote lampor 20-8-2022 09:00 PM
Hahaha... Achik ni.. jangan sampai netizen spill masa lalu sheols.. hahaha... Bbnu x berapa tahu pasal masa lalu sheols
Quote TerataiMelur02 20-8-2022 09:11 PM
Dah x boleh buka forum guna brave ke?punyala aman damai guna brave tanpa gangguan iklan. hmmm
Quote fadz84 20-8-2022 09:23 PM
jalfa replied at 20-8-2022 08:50 PM
Berkemban je..sesapa bagitau dia pesen berkemban ni so yesterdayyyyy

Pesen berkemban masa berlakon short film Malaikat di Jendela tahun 2004.. xleh move on lagi tu..
Quote Makcikmunah 20-8-2022 09:29 PM
Jika konsep rezeki mencurah lepas viral itu dijadi sandaran utk nyatakan pihak yg dikritik itu pihak yg benar, alep sotong itu pun rezeki mencurah juga bila viral buat benda bodoh. Maknanya alep sotong itu di pihak yg benar lah. Akal mana akal   
Quote awekjepun 20-8-2022 10:04 PM
TerataiMelur02 replied at 20-8-2022 09:11 PM
Dah x boleh buka forum guna brave ke?punyala aman damai guna brave tanpa gangguan iklan. hmmm

Aku ok ja guna brave ni
Quote jihyomelly 20-8-2022 10:37 PM
TerataiMelur02 replied at 20-8-2022 09:11 PM
Dah x boleh buka forum guna brave ke?punyala aman damai guna brave tanpa gangguan iklan. hmmm

ok je mcm biasa
Quote dudaberhias 20-8-2022 10:43 PM
ye ye lah tu... ok lah takpe bagi je lah chance dekat kak ning.... bagus la rezeki dia bertambah2...
cuma iols nak sangat kritik... tapi iols bukan lah polis aurat... kak ning pakai la dress yang semenggah sikit... ni badan pun besar bagak dah macam she-hulk... masalahnya she-hulk tu lagi ayu dari kak ning nyah... dress masa jadi peguam pun herlok terletak... kak ning kena juga titikkan penampilan untuk persembahan... kalau nak melambung sampai ke syiling atau shopping2 tu tak kisah la nak pakai macam mana pun... ni kalau di jemput buat persembahan kat restoran untuk dinner pun tak selera nak makan sampai last pelanggan tu datang makan situ... silap2 tokey restoran klem restoran kena tabur tanah kubur...
Quote Carcosa 20-8-2022 11:07 PM
.. "Awan yahangg, ter piluhooo"

Quote LembingDayanti 20-8-2022 11:08 PM
kesian dia ilusi sungguh lah
Quote Burong_Hantuk 21-8-2022 09:10 AM
x pernah minat kat betina nih
Quote imanjannah 21-8-2022 09:18 AM
tak payah nak tergelak snagat la Ning, perbaiki apa yg perlu.. jgn jadi bahan lawak netizen sekali lagi dengan suaramu
Quote KBW2 21-8-2022 09:20 AM
dudaberhias replied at 20-8-2022 10:43 PM
ye ye lah tu... ok lah takpe bagi je lah chance dekat kak ning.... bagus la rezeki dia bertambah2... ...

Bukan dia rajin jaga badan ke exercise semua
Quote dejure 21-8-2022 09:42 AM
KBW2 replied at 21-8-2022 09:20 AM
Bukan dia rajin jaga badan ke exercise semua

Kalau dah tekak malaysia tu toksah lah menipu kata makan healty food...dlm ig tunjuk aje makan sayur,healty food tu semua off camera ntah2 melantak juga nsi dgn kari,lemak,ayam semua tu.propa aje dorang semua ni
Quote dinosaurpink 23-8-2022 08:05 AM
Edited by dinosaurpink at 23-8-2022 08:26 AM

Memandangkan lamaaaa jugok ning heret isu ni,mari aku bg cth penyanyi bagus professional lain yg berjaya menyanyi dgn bagus walaupun tgh sedih
Hayati lirik sekali baru tau lagu ni mmg lagu sedih n sgt tragik dgn tragedi yg berlaku masa persembahan ni
[youtube]p00RVr1C4oc[/youtube]
Ceritanya,hanya bbrp jam sebelum persembahan ni,salah sorang admin fanclub idayu meninggal dunia.idayu mmg rapat giler dgn fanclub dia terutama admin2 almaklumlah bak kata poremer kalau dah follower cuma 2,3 org senanglah nak layan semua khennnn
Mmg rapatlah,rajin buat aktiviti sama2

Kalau perasan,kat bridge muzik lagu ni idayu dah terbuai sekejap dgn perasaan sedih dia dah termenangis,tp bila sampai part nyanyi balik dia bersungguh2 lawan perasaan sedih,nyanyi dgn sepenuh hati,sampai power plak jadinya

Sorry naaa alang2 dah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,aku tgh geram,padahal dah lama aku tahaaann je drp pos bideo ni (infact mmg aku biasa tahan diri drp pos bideo atau sebut2 nama dia ni kat sini sbb xnak bg point haters hating sbb peminat yg annoying plak) utk tunjuk sbnrnya kau masih boleh nyanyi dgn bagus lepas termenangis kalau kau jenis bagus n penyanyi yg bijak



Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.070308 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top